Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Beza 4 Varian Toyota Vios (2022) Serba Baharu Versi Thailand
Roda4

Beza 4 Varian Toyota Vios (2022) Serba Baharu Versi Thailand

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DEBUT Toyota Vios generasi keempat berlangsung di Thailand awal bulan ini dengan pengenalan empat varian baharu, iaitu Sport, Smart, Premium dan Premium Luxury.

Vios di Thailand dikenali sebagai Yaris Ativ yang dibina berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Daihatsu (DNGA). Berikut perbezaan empat varian Vios (2022).

BACA >>> Thailand Lancar Toyota Vios (2023) Serba Baharu, 4 Varian, Harga Mula RM67k!

1. SPORT

Model Vios paling asas ini ditawarkan pada harga 539,000 baht ((RM67,710). Sedan segmen-B ini menggunakan trenkuasa petrol aspirasi natural (NA) 4-silinder 16-injap 1.2L DHC DVVT-i berkuasa, 94hp @ 6,000rpm dan tork 110Nm @ 4,400rpm.

Sistem transmisi Super CVT-i dengan program Sequential Shift, dan tiga mod pemanduan iaitu Normal, Sport dan Eco. Enjin patuh Euro5 itu juga boleh menerima bahan api E20. Ini perinciannya:

  • Sistem brek cakera (depan), dan dram (belakang)
  • Strut MacPherson (depan),  torsion beam (belakang). Kedua-duanya disokong bar stabilizer.
  • Rim aloi 16 inci dengan tayar radial 195/60
  • Stereng kuasa elektrik (EPS)
  • Lampu utama, signal belok dan lampu belakang LED

  • Gril depan Matt Black (hitam kusam), bampar depan dan belakang ada hiasan ventilator hitam kusam
  • Hendal pintu sama warn badan kereta
  • Kabin fabrik hitam.
  • Kerusi pemandu boleh laras manul 6-tetapan, penumpang depan manua 4-tetapan.
  • Stereng poliuretana dengan kemasan jalur perak metalik.
  • Bahagian atas papan pemuka menggunakan lapisan kulit lembut coklat, material uretana sama di bhagian lutut pemandu.
  • Tombol gear uretana, material kulit untuk bahagian bawah tuil gear.
  • Pemegang pintu dalaman hitam dengan kawalan tingkap kuasa
  • Visor matahari dengan cermin solek
  • Lampu kabin dan ruang simpanan belakang.
  • Kluster instrumen dengan meter analog dan skrin paparan multi-info (MID) digital.
  • Stereng boleh laras 4-tetapan (atas, bawah, depan dan belakang)
  • Sistem entri tanpa kunci dengan butang tekan-mula (push-start)

  • Sistem audio dua pembesar suara dengan unit infotainment skrin sentuh 8 inci. Suis kawalan audio juga disediakan di stereng.
  • Ada sambungan USB yang menyokong konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto. Dilengkapi soket 12V.
  • Sistem penyaman udara biasa, cermin sisi elektrik.
  • Sistem keselamatan: Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Sistem Kawalan Traksi (TRC), Bantuan Mula Bukit (HAC), Signal Henti Kecemasan (ESS), Kawalan Kunci Pusat Automatik, enam beg udara, pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX, sistem penggera dan sistem cegah kecurian (TDS).

BACA >>> Honda City RS e:HEV Serba Baharu Umum Harga, RM105k dengan Teknologi Termaju

2. SMART

Varian kedua paling murah, 584,000 baht (RM73,370), lebih mahal 45,000 baht (RM5,670) daripada varian Sport dengan menerima penambahbaikan lebih signifikan seperti berikut:

  • Lampu siang (DRL) LED, gril bawah hitam kilat (gloss black), antena sirip yu (shark fin).
  • Lampu signal belok disepadukan  dalam cermin sisi.
  • Sistem wiper cermin dengan pemasa.
  • Kerusi kombinasi balutan fabrik dan kulit dengan sulaman benang kelabu
  • Ada poket fail di belakang kerusi penumpang depan
  • Stereng kulit
  • Pelapik kulit lembut coklat untuk lutut pemandu, ada ruang simpanan kecil di tepi

  • Konsol tengah kemasan baharu warna hitam kilat.
  • Bahagian bawah tombol gear ada kemasan krom dan hitam kilat.
  • Tuil pintu dalam kabin metalik perak
  • Visor matahari dengan cermin solek besar untuk pemandu.
  • Ada kotak simpan cermin mata atas siling kabin.
  • Lampu kabin LED.
  • Ruang simpanan konsol tengah dengan material kulit lembut coklat.
  • Kluster instrumen digital dengan skrin paparan multi-info (MID) TFT 7 inci.
  • Unit infotainment skrin 9 inci dengan empat pembesar suara.
  • Dua port USB di konsol tengah, dua port lagi untuk penumpang belakang
  • Cermin sisi boleh lipat automatik apabila kereta dikunci.
  • Ada perakam video digital (DVR) atau dashcam di depan.

  • Dilengkapi pakej Toyota Safety Sense (TSS), terdiri daripada:
    • Sistem Keselamatan Pra-Perlanggaran (PCS) dan Sistem Brek Pra-Pelanggaran Automatik (APCB).
    • Amaran Keluar Lorong (LDW) dengan bantuan gerak stereng.
    • Amaran Gerak Kenderaan Depan (FDA).
    • Kawalan Salah Operasi Pedal dengan Anti-Tekanan.
    • Bantuan kamera ketika undur kenderaan.

BACA >>> Nissan Almera Turbo Umum Harga di Malaysia, Bermula RM79.9k hingga RM91.3k!

3. PREMIUM

Vios Premium berharga 659,000 baht (RM82,790), lebih mahal 75,000 baht (RM9,448) daripada Smart. Berikut tambahan ciri diberikan:

  • Sistem brek cakera untuk roda belakang
  • Gril depan dan aksen bampar hitam kilat (gloss black)
  • Lampu belakang dengan lampu signal belok LED  sekuensial.
  • Poket fail di belakang kerusi depan
  • Ventilator penyaman udara dengan kemasan krom.
  • Panel pintu dengan pelapik lembut, empat perehat tangan dengan kemasan kulit coklat.
  • Panel pintu mendapat kemasan corak potongan berlian (diamond-cut) warna hitam kilat (piano black).
  • Tombol gear kulit dengan kemasan hitam kilat dan krom.
  • Lampu ambien kabin 64 warna.

  • Kawalan Jelajah Adaptif Variabel (VACC) untuk semua halaju dengan fungsi Henti & Mula (Stop & Go)
  • Brek parkir elektronik (EPB) dengan Brek Pegun Automatik (ABH).
  • Ada enam unit pembesar suara.
  • Sistem penyaman udara automatik dengan  ventilator penyaman udara untuk penumpang belakang.
  • Sistem penapis udara PM2.5.

  • Sistem lampu susur Follow-Me-Home.
  • Amaran Titik Buta (BSM), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Lampu Tinggi Automatik (AHB), kamera pandang keliling 360º, dua sensor parkir depan, empat sensor parkir belakang.

BACA >>> 4 Beranak Tercampak Keluar, Bapa Maut Proton Saga Aeroback Terbabas

4. PREMIUM LUXURY

  • Varian perdana Vios ini ditawarkan pada harga 689,000 baht (RM86,550), atau lebih mahal 30,000 baht (RM3,780) daripada Premium. Berikut tambahan diberikan:
  • Cermin sisi hitam kilat.
  • Kemasan dwi-tona merah-hitam untuk skema kabin.
  • Kerusi kulit asli dan kulit tiruan (leatherette) merah dengan corak berlian dan sulaman benang merah.
  • Papan pemuka menggunakan material kulit lembut merah.
  • Lampu ambien pada papan pemuka, dan panel pintu depan.
  • Material kulit lembut juga menjadi kemasan panel pintu, perehat lengan dan ruang simpanan konsol tengah.
  • Enam unit pembesar suara Pioneer.

SUMBER: AutolifeThailand

autoterkini Roda4 Segmen B Sedan Toyota Safety Sense (TSS) Toyota Vios 2022 Toyota Yaris Ativ 1.2L (2022)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    HEV

    #BIMS2026: Deepal Hunter K50, Pikap REEV Pertama Dunia, Jarak Lebih 900 km

    01/04/2026
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz GLS 2027, S-Class Versi SUV 7 Tempat Duduk, Canggih Dengan AI!

    01/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Rasmi Di Malaysia, Harga Anggaran RM260k!

    01/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Changan Lancar Jenama Keempat di Thailand – Nevo Q05, Malaysia Mungkin Menyusul

    01/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.