Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#Perbandingan: Yamaha EZ115 (2023) Macam Kapcai E115M (2015), Betul Ke?
Autotainment

#Perbandingan: Yamaha EZ115 (2023) Macam Kapcai E115M (2015), Betul Ke?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/01/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KETIKA Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan Yamaha EZ115 (2023), ada berpendapat kapcai itu nampak seperti Yamaha E115M di Sabah dan Sarawak.

Sebagai makluman, Yamaha E115 diperkenalkan secara eksklusif untuk pasaran dua negeri Borneo tersebut pada 2015 dan tidak dijual di Semenanjung Malaysia.

BACA >>> #Perbandingan: Yamaha 135LC Karburetor (2021) vs 135LC Fi (2022), Apa Berubah?
BACA >>> Yamaha Lagenda 115Z (2020) Kini dengan Warna, Grafik Baharu, Harga Sama RM5,180

Artikel ini akan membandingkan rekabentuk Yamaha EZ115 (2023) dan Yamaha E115, termasuk menjawab persoalan mengenai saling kaitan kedua-dua kapcai tersebut.

REKABENTUK

Yamaha EZ115 (2023) yang menjadi pengganti Yamaha Lagenda 115Z ada beberapa perbezaan rekabentuk dengan Yamaha E115M seperti:

  • Panel kepala dan lampu depan Yamaha EZ115 (2023) lebih besar.
  • Yamaha EZ115 (2023) hadir dengan fairing depan lebih kemas dalam warna dwi-tona dan rekaan lebih kemas.
  • Fairing depan-bawah Yamaha E115M lebih mengembang berbanding Yamaha EZ115 (2023).
  • Yamaha E115 dilengkapi madgad lebih kompak dan kemas berbanding Yamaha EZ115 (2023).
  • Yamaha EZ115 (2023)  dipasang lampu signal albino pada panel hadapan dan bersaiz lebih besar.
  • Yamaha E115M menerima lampu signal depan bentuk tirus, berwarna jingga yang lebih menarik.
  • Kedua-dua model menggunakan lampu jenis mentol.
  • Yamaha EZ115 (2023)  memiliki bentuk cermin sisi bersegi, manakala Yamaha E115M pula bujur.
  • Fork kedua-dua model nampak sama dan berwarna hitam.
  • Pelekat nama model dipamer pada posisi sebelah fairing kiri depan.

Bahagian belakang kedua-dua model juga berbeza.

  • Yamaha EZ115 (2023) memiliki ekor motosikal lebih kompak.
  • Bentuk lampu belakang Yamaha E115M dalam bentuk lebih sporty daripada Yamaha EZ115 (2023).
  • Kedua-dua model menggunakan lampu brek terpisah dari lampu signal.
  • Yamaha E115M menggunakan lampu signal belok bentuk segiempat berwarna jingga, manakala Yamaha EZ115 (2023) mengekalkan bentuk lampu signal mirip Yamaha Lagenda 115z.
  • Bar bonceng Yamaha EZ115 (2023) lebih bergaya berbanding Yamaha E115M.
  • Reflektor Yamaha E115 diposisikan bawah nombor plat, sebaliknya Yamaha EZ115 (2023) bawah lampu belakang.
  • Slot kunci pelana Yamaha E115M terletak bawah lampu belakang, Yamaha EZ115 (2023) pula disepadukan bersama slot masuk kunci penghidup.
  • Yamaha E115M ada reflektor jingga di tepi madgad depan, Yamaha EZ115 (2023) juga ada reflektor sama, tetapi diletakkan di sisi madgad motosikal.
  • Yamaha EZ115 (2023) memiliki bentuk ekzos lurus, manakala bentuk ekzos Yamaha E115M sedikit bengkok dan lebih pendek.
  • Pelana Yamaha EZ115 (2023) lebih landai berbanding Yamaha E115M.
  • Kedua-dua model menggunakan rekaan rim aloi sama.
  • Yamaha E115M mempamerkan jenama Yamaha pada panel fairing sisi, dan Yamaha EZ115 (2023) pula cuma mempamerkan logo Yamaha.

SPESIFIKASI

TRENKUASA
  • Yamaha E115M: Enjin patuh Euro3 jenis 4-lejang 2-injap silinder tunggal 114cc SOHC penyejukan udara dengan karburator Mikuni B451, menawarkan kuasa 7.64hp @ 7,260rpm dan tork 8Nm @ 5,480rpm.
  • Yamaha EZ115 (2023): Enjin patuh Euro4 jenis 4-lejang 2-injap silinder tunggal 115cc SOHC penyejukan udara dengan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 8.58hp @ 7,000rpm dan tork 9.5Nm @ 5,500rpm.
GEREK X LEJANG
  • Kedua-dua model memiliki ukuran gerek x lejang sama, iaitu 50mm x 57.9mm.
  • Bezanya cuma nisbah mampatan: Yamaha E115M – 9.0:1; Yamaha EZ115 (2023) – 9.3:1.
KAPASITI TANGKI MINYAK
  • Yamaha E115M memiliki kapasiti tangki minyak 4.2 liter.
  • Yamaha EZ115 (2023) memiliki kapasiti lebih kecil, 3.9 liter.
DIMENSI
  • Yamaha E115M: Dimensi panjang 1,930mm, lebar 660mm, tinggi 1,045mm. Jarak roda 1,235mm. Jarak tinggi bumi 127mm dan berat 96kg.
  • Yamaha EZ115 (2023): Dimensi panjang 1,940mm, lebar 715mm, tinggi 1,090mm. Jarak roda 1,235mm. Jarak tinggi 155mm dan berat 98kg.
  • Tinggi pelana Yamaha E115M (755mm), lebih rendah daripada Yamaha EZ115 (775mm).
SISTEM BREK
  • Yamaha E115M: Brek dram untuk kedua-dua roda.
  • Yamaha EZ115 (2023): Brek cakera tunggal dengan kaliper piston tunggal di depan, dan brek dram  (belakang)

PERSAMAAN

  • Enjin dihidupkan menggunakan butang pemula atau penendang kaki.
  • Kedua-dua dilengkapi kotak gear klac automatik 4-kelajuan dengan klac basah multiplat.
  • Sistem suspensi fork teleskopik di depan, dan dwi-absober di belakang.
  • Panel meter analogi dengan indikator posisi gear.
  • Ada ruang simpanan barang bawah pelana.
  • Lampu signal belakang jenis capang. Sistem lampu jenis mentol.
  • Frem underbone.
  • Saiz tayar 70/90 (depan) dan 80/90 (belakang).

Di Vietnam, Yamaha EZ115 (2023) sebenarnya ada kembar di sana, dipanggil Yamaha Sirius FI dengan spesifikasi kedua-dua model itu sama.

BACA >>> Yamaha Sirius FI (2021) Lancar Di Vietnam, Harga Mula RM3.7k!
BACA >>> #Perbandingan: Yamaha 135LC Karburetor (2021) vs 135LC Fi (2022), Apa Berubah?
BACA >>> Perbandingan Rupa – Kawasaki Ninja 250 (2018) vs Honda CBR250RR vs Yamaha R25
BACA >>> 10 Nama Terbaik Motosikal di Malaysia, Senang Sebut dan Mudah Ingat

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) roda2 Yamaha E115M Yamaha EZ 115 (2023) Yamaha Lagenda 115Z Yamaha Sirius FI
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 Kini di Malaysia – Harga RM33,888, Enjin 700cc 74 HP

    02/04/2026
    Roda2

    HYLM Lancar Yamaha Ténéré 700 Baharu, Harga Mula RM58,998

    02/04/2026
    KTM 890 Adventure R Rally 2026
    Roda2

    KTM 890 Adventure R Rally 2026 dalam Unit Terhad Lancar

    02/04/2026
    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Sabah Layak Terima Subsidi Diesel Penuh Sebagai Penyumbang Minyak

    By Syafie27/03/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.