Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Perbandingan: Yamaha 135LC Karburetor (2021) vs 135LC Fi (2022), Apa Berubah?
Auto Terkini

#Perbandingan: Yamaha 135LC Karburetor (2021) vs 135LC Fi (2022), Apa Berubah?

ShawkathBy Shawkath20/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA 135LC akhirnya hadir dengan teknologi sistem suntikan bahan api (FI) selepas 16 tahun wujud di pasaran tempatan. Generasi terbaharu kapcai itu dilancarkan di Litar Antarabangsa Sepang, Selasa lalu (8 Mac 2022), manakala jualan akan bermula 14 Mac lalu.

Generasi pertama 135LC dilancarkan pada Februari 2006 dengan pelbagai ciri menarik, termasuk dilengkapi transmisi manual 5-kelajuan, klac tangan, sistem monoshock dan rekabentuk lebih agresif.

Artikel ini akan menghuraikan perbezaan antara model generasi baharu 135LC Fi (2022) dan 135LC karburetor versi dipertingkat (2021).

REKABENTUK

135LC Fi
  • Menerima rekabentuk lebih segar berbanding model versi karburetor. Panel kini dwi-tona.
  • Set lampu utama LED tiga kluster mirip Y15ZR pada panel kepala.
  • Ada lampu siang (DRL) pada panel depan, diapit lampu signal belok jenis mentol.
  • Panel kepala 135LC Fi disepadukan bersama visor angin.
  • Posisi hon 135LC Fi dekat madgad depan.
  • Logo Yamaha 135LC Fi dipasang bawah panel kepala, sama seperti Y15ZR.
  • Bahagian sisi panel 135LC Fi nampak lebih lebar untuk meminimumkan deruan angin pada lutut penunggang.
135LC Versi Karburator
  • Bergaya agresif dengan garis badan lebih menonjol.
  • Menggunakan unit lampu utama besar dengan mentol. Lampu signal belok juga mentol.
  • Visor angin dipasang atas panel kepala.
  • Hon ditempatkan bawah panel kepala motosikal.

BACA >>> Yamaha 135LC Fi (2022) Dicipta Khas untuk Malaysia, HLYM Jawab Kenapa Tiada Klac Tangan

REKABENTUK BELAKANG

  • Ruang belakang 135LC Fi kini lebih ramping kerana panel sisi ke belakang lebih tirus dengan garisan maskular. Perubahan turut menyaksikan lampu brek belakang LED gaya sporty. Lampu signal capang masih menggunakan mentol.
  • Perubahan lain membabitkan pelindung muncung ekzos hitam menggantikan kemasan perak pada 135LC versi karburetor. Ekor belakang, termasuk pemegang plat 135LC Fi dikemas kini.
REKABENTUK SISI
  • 135LC Fi menerima rim baharu sama seperti rekaan kapcai 2-lejang Yamaha 125ZR dan tidak lagi berkongsi rim mirip  Lagenda 115Z.
  • Bar genggam lebih nipis dan dirapatkan dengan ekor belakang.
  • 135LC versi karburetor dilengkapi slot kunci buka pelana dekat sisi ekor belakang, manakala 135LC Fi disepadukan pada sistem masuk kunci.
  • Roda belakang 135LC Fi dilengkapi sistem brek cakera 203mm berbanding model lama (brek dram).
  • 135LC Fi menggunakan butang tekan-mula (push-start), sebaliknya 135LC versi karburator hadir dengan tambahan penendang kaki.

BACA >>> Yamaha 135LC Versi Karburetor Masih Jual, HLYM Jamin Alat Ganti Kekal Ada untuk 10 Tahun

METER DIGITAL

  • Yamaha 135LC Fi hadir dengan panel meter digital LCD dengan paparan maklumat spidometer, takometer, trip perjalanan, jarak perjalanan, posisi gear, status bahan api, voltan bateri, purata penggunaan bahan api dan jam.
https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2022/03/Yamaha-135LC-Fi-2022-Meter.mp4
  • Penukaran maklumat paparan boleh dibuat dengan menekan butang kecil bawah meter. Model 135LC versi karburetor menggunakan panel meter analog.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Jimat Minyak Paling Mudah, Berkesan!
BACA >>> #ApaNakBuat: Inilah Cara Bersih, Minyakkan Rantai Motosikal yang Betul

BAKUL KHAS DAN USB
  • Hanya varian 135LC Fi Edisi Spesial didatangkan dengan bakul direka khas Yamaha dan tidak dijual secara berasingan.
  • Bakul disediakan satu kotak kecil berasingan sebelah kiri untuk menyimpan barang peribadi dan boleh ditutup.
  • Ada soket USB disediakan dalam kotak simpanan kecil itu untuk mengecas telefon pintar.

BACA >>> #TahukahAnda: 8 Barang yang Mungkin Anda Tak Pernah Tengok Rider Malaysia Bawa

TRENKUASA

  • Kedua-dua generasi 135LC menggunakan enjin silinder tunggal sama kapasiti dengan kotak gear manual 4-kelajuan.
  • Bagaimanapun, 135LC Fi dilengkapi teknologi sistem suntikan bahan api (FI) dengan 7 peratus lebih cekap bahan api.
  • 135LC Fi diberikan talaan berbeza untuk menghasilkan ekstra kuasa kuda dan tork.

DIMENSI

  • Saiz 135LC Fi adalah 15mm lebih pendek, dan 5mm lebih ramping daripada 135LC versi karburetor. Bagaimanapun, model baharu lebih tinggi 15mm. Jarak kelegaan tanah 135LC Fi lebih 5mm.
  • Berat motosikal 135LC Fi lebih berat 4kg disebabkan aksesori tambahan walaupun menggunakan frem underbone lebih ringan. Pada masa sama, kapasiti tangki minyak ditambah 0.6 liter untuk ekstra perjalanan sekitar 24.3 peratus berbanding model lama.

  • Pembaharuan paling signifikan adalah sistem brek belakang daripada jenis dram kepada cakera untuk edisi 2022.

  • Perbezaan harga disyorkan untuk 135LC versi karburetor dan 135LC Fi adalah seperti carta di atas. Jika dibandingkan varian Spesial, ada kenaikan harga melebihi empat angka.
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Perbezaan Yamaha 135LC Fi dan Karburator roda2 Yamaha 135LC Fi 2022
Shawkath

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

16/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.