Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Peranti HANS – Alat Sokong Leher yang Selamatkan Nyawa Pelumba Kereta
Autotainment

Peranti HANS – Alat Sokong Leher yang Selamatkan Nyawa Pelumba Kereta

TalibBy Talib22/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RISIKO kemalangan dihadapi pemandu kereta lumba sangat tinggi. Walaupun kebolehan mengawal jentera dalam kelajuan tinggi amat dikagumi, tetapi pada awal era sukan permotoran dulu, sedikit kemalangan kecil saja sudah boleh menyebabkan kematian.

Sebagai contoh, nahas menimpa pelumba Patrick Jacquemart pada 1981 yang maut akibat merempuh benteng lumpur di Mid-Ohio dalam ujian jentera Renault 5 Turbo IMSA GTU. Beliau langsung tidak mengalami kecederaan anggota luaran, manakala  jentera dipandunya pula cuma sedikit rosak.

Bagaimanapun, pelumba itu terkorban akibat mengalami pendarahan dalaman akibat patah tulang leher. Walaupun daya pecutan pada badan pelumba dapat ditahan tali keledar, tetapi tidak untuk bahagian kepala. Situasi itu menyebabkan tulang leher mangsa patah dan situasi itu sebenarnya sudah banyak mengorbankan nyawa pelumba lain.

Dr Bob Hubbart (kiri) dan Jim Downing, serta ciptaan awal peranti HANS.

Kematian Jacquemart sangat dirasai dua rakannya hingga tercetus hasrat mencipta sesuatu yang dapat mengelak insiden sama berulang. Jim Downing dan abang ipar Jacquemart, Dr Bob Hubbart bergabung kepakaran untuk mencipta peranti keselamatan kepala dipanggil HANS, iaitu kata nama khas daripada singkatan kepada ‘Head and Neck Support’ (penyokong kepala dan leher).

Walaupun rekabentuk peranti HANS nampak mudah dan ringkas saja, tetapi alat ini cukup berkesan melindungi keselamatan kepala pelumba.

BACA >>> Ringkasan F1 2020: Hamilton Jadi Legenda Baharu, Prestasi Ferrari Kian Suram

REKABENTUK DAN APLIKASI PERANTI HANS

Sokongan diberikan kepada kawasan leher pemandu

Rekabentuk peranti HANS sangat ringkas, terdiri daripada pad bentuk U dengan kolar sokong tinggi di belakang leher pelumba. Peranti itu dipakai dengan cara digalas atas bahu yang akan mendakap dada pelumba. Kebiasaannya peranti tersebut akan dipautkan terus pada sebelah kiri dan kanan helmet menggunakan tali poliester dua lapis.

Bagi pelumba profesional, ciptaan peranti itu akan disesuaikan mengikut posisi badan dan helmet. Seperti diketahui, daya-G akan terhasil akibat impak dari depan. Apabila berlaku perlanggaran, peranti HANS akan memastikan helmet bergerak bersama badan bagi mengelakkan tekanan pada leher dan tengkorak.

Pelanggaran depan menghasilkan daya-G 12.5G.
Tenaga dan tekanan pada leher.

Gambarajah di atas menjelaskan serba sedikit mengenai tenaga dan tekanan ke atas leher pelumba apabil berlaku perlanggaran. Ujian dilakukan terhadap patung manusia membabitkan bahagian atas dan leher sebagai penahan tekanan.

Dalam ujian itu, helmet seberat 6.8kg diluncurkan ke depan dengan tekanan 107G dan impak dialami adalah setinggi 40G.

Justeru ada dua jenis tenaga  berlaku pada leher, iaitu sesar (shear), iaitu dua tenaga berlawanan bergerak lurus dengan paksi leher, dan tegangan (tension), iaitu tenaga yang menarik sepanjang paksi leher. Menurut Dr Hubbart, leher manusia hanya mampu menahan tekanan hingga 317kg yang boleh menyebabkan kecederaan.

Jika melebihi tekanan seberat itu, pelumba berisiko tinggi maut. Berdasarkan gambarajah itu juga, kita dapat mengetahui pelumba yang memakai peranti HANS dapat mengurangkan tenaga tekanan hingga 78 peratus.

SEJARAH PENGGUNAAN

Jim Downing dan prototaip pertama peranti HANS pada 1986.

Orang pertama mencuba peranti HAS ialah pencipta alat itu sendiri, iaitu Downing yang dipakainya pada perlumbaan 1986. Prototaip asal adalah lebih besar dan lebih berat berbanding peranti HANS hari ini. Ia juga tidak selesa dipakai dalam kokpit yang kecil seperti jentera Formula Satu (F1), manakala tali penambat pula tidak fleksibel dan sukar lentur.

Keperluan untuk material mudah lentur adalah lebih baik bagi mengurangkan tekanan tarikan pada helmet pelumba. Ini membuatkan peranti tersebut sukar menembusi pasaran pada masa itu. Malah sepanjang 10 tahun dicipta, ia cuma mampu dijual 250 unit sahaja.

Ini kerana dalam sukan perlumbaan, sebarang penambahan berat hanya akan menjejaskan prestasi jentera selain menyebabkan pelumba rasa tidak selesa.

Banyak pasukan mencari peranti HANS selepas kematian Dale Earnhardt.

Namun, titik tolak berkembangnya penggunaan peranti HANS bermula pasca kematian pelumba Dale Earnhardt (foto atas) pada kejuaraan Daytona 2001. Dalam kemalangan itu, pelumba tersebut cuma dalam kelajuan 70kmj, tetapi impak dihasilkan ialah 50g.

Susulan insiden itu, 250 unit peranti HANS terjual dalam masa seminggu. Semua pelumba juga sudah mulai yakin dan percaya kepentingan penggunaan alat berkenaan. Malah, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) turut mengetatkan undang-undang keselamatan dan hanya peranti HANS mampu melepasi tahap keselamatan ditetapkan untuk pelumba F1.

Pada 2008, peranti HANS mula digunakan pada perlumbaan F1 di GP Singapura, dan setahun kemudian, 100,000 unit peranti itu terjual.

BACA >>> #TahukahAnda: Teknologi Hibrid F1 Jadi Ilham Honda Jazz Hybrid Baharu

KENANGAN DAN PENCAPAIAN

Kematian Jules Bianchi merintis penciptaan peranti Halo.

Kemalangan dan kecederaan tetap saja berlaku sepanjang aksi F1 dan NASCAR, serta perlumbaan lain. Namun, penciptaan peranti berkenaan terbukti menyelamatkan ramai pelumba daripada kecederaan leher.

Pada 2017, penggunaan peranti Halo pula digunakan jentera F1 bagi meningkatkan ciri keselamatan susulan kematian seorang lagi pelumba kejuaraan dunia itu, Jules Bianchi. Tahukah anda, sejak 1994 (Aryton Senna) hingga insiden menimpa Bianchi, tiada lagi kematian berlaku dalam sukan permotoran F1.

BACA >>> Kemalangan F1 di GP Bahrain Buktikan Peranti Halo Berguna Selamatkan Nyawa Pelumba

Apa yang pasti, peranti HANS banyak menyelamatkan pelumba yang terlibat dalam kemalangan sukan permotoran.

aksesori autotainment cara alih pemandu F1 cedera F1 Formula Satu (F1) lumba kereta peranti Peranti Hans Sukan Lumba Kereta
Talib

    Artikel Berkaitan

    Aveta DY115 harga RM750,000
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah ‘PM 2’ yang Buat Netizen Kecam

    21/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    21/04/2026
    Helmet | Pelekat SIRIM
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bolehkah Guna Helmet Tanpa Pelekat SIRIM?

    22/04/2026
    YOHE Helmets rasmi tembus pasaran Malaysia
    Auto Terkini

    YOHE Bukan Jenama Baharu, Rasmi Tembus Pasaran Malaysia

    21/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie06/05/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.