• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pengecas Terra 360 Ini Boleh Cas Empat EV Serentak, Sepantas 15 Minit!

Pengecas Terra 360 Ini Boleh Cas Empat EV Serentak, Sepantas 15 Minit!

October 1, 2021 By Shawkath Leave a Comment

139
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FIRMA Switzerland, ABB baru saja mempamerkan pengecas kenderaan elektrik (EV) terpantas dunia, dipanggil Terra 360 yang berkapasiti 360kW dengan kemampuan  mengecas penuh sebuah kereta elektrik sepantas 15 minit sahaja, lapor Reuters.

ABB juga pembekal pengecas bateri EV kepada firma penyedia rangkaian stesen cas, iaitu Ionity dan Electrify America.

BACA >>> China Bina Lebuh Raya Super, Boleh Cas EV Sambil Memandu

Ada beberapa syarikat seperti Electrify America, Ionity dan EVGo menggunakan pengecas 350kW keluaran ABB dan pembekal lain sejak 2018. Ini bermaksud, produk terbaharu ABB cuma ada perbezaan kapasiti 10kW.

Namun, apa membuatkan Terra 360 istimewa adalah kemampuan pengecas itu mengecas empat kenderaan serentak dan menjimatkan ruang di stesen cas. Tiadak ubah seperti nozel di stesen petrol biasa.

Pengecas ini menawarkan fleksibiliti dan pilihan kepada pemilik untuk mengecas hingga empat kenderaan sepanjang malam atau cas semula EV mereka esok. Ini tidak mengambil ruang besar dan boleh dipasang di depoh kecil atau lot parkir.

BACA >>> Tentang Kenderaan Enjin Pembakaran Dalam Hidrogen (HICEV) yang Perlu Anda Tahu


Sebenarnya, EV yang mampu menyokong kadar pengecasan tinggi tidak banyak di pasaran. Cuma ada dua model paling hampir, iaitu Porsche Taycan (270kW) dan Lucid Air (300kW).

Tesla Model 3 dan Model Y pula menyokong hingga 250kW, manakala Hyundai Ioniq 5 cuma 232kW menerusi pengecasan pantas arus terus (DC). Pengecasan pantas sebenarnya boleh merosakkan atau memendekkan jangka hayat pek bateri.

Pengecas baharu ABB mampu memberi tambahan jarak pemanduan hingga 100km dalam tempoh tiga minat. Ia akan ditawarkan di Eropah menjelang akhir tahun ini sebelum dibawa masuk ke Amerika Syarikat (AS) dan pasaran lain tahun depan.

BACA >>> Jika Terlanggar Tiang Elektrik, Lebih Baik Jangan Keluar Kereta
BACA >>> Tata Lancar Sedan Elektrik, Tigor EV di India, Boleh Pandu 306km, Harga Serendah RM67k
BACA >>> Kereta Sport Elektrik, Porsche Taycan (2020) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM725k

SUMBER: Engadget | ABB

Artikel Berkaitan

139
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ABB, Auto Terkini, EV, Kenderaan Elektrik, Pengecas Terpantas Dunia, teknologi, Terra 360

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my