• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemilik Kenderaan Honda Accord & Odyssey Sila Ambil Perhatian!

Pemilik Kenderaan Honda Accord & Odyssey Sila Ambil Perhatian!

December 22, 2017 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter

Honda Accord faceliftPERHATIAN kepada pemilik kenderaan Honda Accord dan Odyssey. Honda Malaysia kini sedang memanggil semula 49,116 unit kenderaan yang terdiri daripada model Accord yang dikilangkan dari 2013 hingga 2016 dan Odyssey (2014-2017).

Panggilan semula itu dibuat itu adalah bagi menukar alat pengesan bateri dan cermin tingkap yang dikatakan gagal berfungsi.

Bagi alat pengesan bateri, ia melibatkan 20,233 unit Honda Accord (2013-2016) yang boleh menyebabkan litar pintas dan kemungkinan akan menyebabkan terbakar.

Manakala kerosakan komponen pada cermin tingkap boleh menyebabkan ia gagal berfungsi, malah membolehkan cermin tertanggal sama ada kenderaan sedang bergerak mahupun berhenti. Model yang terlibat ialah 27,912 unit Honda Accord (2013-2016) dan 971 buah Odyssey (2014-2017).

BACA >>> Honda Accord Facelift: 9 Fakta Asas Perlu Anda Tahu Sebelum Buat TempahanNOTIS AKAN DIHANTAR

Pihak Honda Malaysia akan menghantar surat notis kepada semua pemilik kenderaan yang terlibat dan kos penukaran serta upah ditanggung sepenuhnya.

Pemilik kenderaan terlibat juga boleh memeriksa status panggil balik kenderaan mereka di SINI atau www.honda.com.my. Anda juga boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau kunjungi mana-mana pengedar Honda sah.

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Honda Accord, Honda Malaysia, honda odyssey, panggil semua honda, Panggil Semula, Recall

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my