• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pembunuh Jalan Raya Bakal Dihukum Penjara Seumur Hidup (Harap Tenang, UK Sahaja)

Pembunuh Jalan Raya Bakal Dihukum Penjara Seumur Hidup (Harap Tenang, UK Sahaja)

October 16, 2017 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


PEMANDU yang menyebabkan kematian akibat memandu secara berbahaya atau dibawah pengaruh alkohol (minum arak) bakal berdepan hukuman penjara seumur hidup. Apapun, harap bertenang kerana keputusan tersebut langsung tiada kena mengena dengan rakyat Malaysia, sebaliknya akan dilaksanakan Britain.

Jika didapati bersalah, pemandu yang mengakibatkan kehilangan nyawa pengguna jalan raya lain disebabkan memandu berbahaya, memandu laju atau menggunakan telefon bimbit sambil memandu kini bakal menerima hukuman yang menyamai kesalahan membunuh, dengan penalti maksimum bermula daripada 14 tahun hingga seumur hidup, menurut Kementerian Keadilan Britain.

BACA >>> Mabuk Punca Myvi Masuk Rel Kereta Api Kerana Sangka Pengadang Plaza Tol

kemalangan-uk-1
kemalangan-uk-2
kemalangan-uk-3

Pengumuman tersebut dibuat susulan daripada sesi konsultansi dilancarkan tahun lalu yang bertujuan mengubah penalti ke atas jenayah kenderaan terburuk. Pelan itu turut memperkenalkan hukuman penjara seumur hidup terhadap pemandu yang menyebabkan kematian di bawah pengaruh dadah atau alkohol.

Sebanyak 1,792 kematian jalan raya dilaporkan di Britain sepanjang 2016, meningkat 4 peratus berbanding tahun terdahulu, dan jumlah tertinggi sejak lima tahun lalu. Tahun sama turut menyaksikan 157 pesalah dihukum kerana memandu berbahaya hingga menyebabkan kematian, manakala 32 pesalah lain dihukum akibat kecuaian memandu.

Jabatan Pengangkutan Britain baru-baru ini juga turut menimbangkan keputusan untuk menyabitkan hukuman sama ke atas penunggang motosikal yang menyebabkan kematian akibat menunggang secara berbahaya atau cuai.

Menteri Keadilan Britain, Dominic Raab berkata;

Kami mengambil pandangan yang lama berhubung hukuman memandu, dan menerima 9,000 serahan kepada konsultansi kami. Berasaskan keseriusan kes-kes teruk, kesengsaraan keluarga mangsa dan penalti maksimum bagi kesalahan serius lain seperti membunuh, kami berhasrat memperkenalkan hukuman penjara seumur hidup ke atas pesalah yang meragut nyawa pengguna lain kerana memandu berbahaya, mabuk, atau dipengaruhi dadah.

"Kami akan memperkenalkan kesalahan baru kerana menyebabkan kecederaan serius akibat memandu cuai, agar dihukum penjara, bagi mengisi jurang dalam undang-undang tersebut dan reflek kepada beberapa kecederaan serius yang dideritai mangsa-mangsa dalam kategori kes ini."

BERSEDIAKAH MALAYSIA PERKETATKAN UNDANG-UNDANG KESELAMATAN JALAN RAYA?

Apakah Malaysia bersedia mengenakan hukuman ketat ke atas pesalah jalan raya yang memandu cuai hingga menyebabkan kematian, terutama pemandu mabuk?

Sebelum terlupa, jika Britain mencatatkan 1,792 kematian pada 2016, Malaysia pula mencatatkan jumlah 7,152 kematian di jalan raya pada 2016. Jumlah penduduk Britain ialah 65 juta, manakala Malaysia pula 31 juta. Persoalannya, kenapa Kerajaan Britain begitu panik, dan kita kekal tenang-tenang saja?

SUMBER: AutoExpress

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, hukuman penjara kesalahan memandu, kemalangan jalan raya, kemalangan UK, roda2, Roda4, undang-undang jalan raya Britain

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Perodua Terima Tempahan Kenderaan Lebih 25k Dalam Tempoh Sehari!
    Perodua Terima Tempahan Kenderaan Lebih 25k Dalam Tempoh Sehari!
  • Penunggang Bawah 400cc Mula Guna Lebuhraya CCLEX di Filipina, Tol RM4.80
    Penunggang Bawah 400cc Mula Guna Lebuhraya CCLEX di Filipina, Tol RM4.80
  • 34 Motosikal Rosak Terbakar di PPR Kg Muhibbah, Polis Syak Unsur Khianat
    34 Motosikal Rosak Terbakar di PPR Kg Muhibbah, Polis Syak Unsur Khianat
  • Proton Perkenal Kilang Pemasangan Enjin 1.5 TGDI untuk Model Baharu di Tanjung Malim
    Proton Perkenal Kilang Pemasangan Enjin 1.5 TGDI untuk Model Baharu di Tanjung Malim

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my