• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu New York Rakam Detik Lepasi Lampu Isyarat Hijau 240 Kali Berturut-Turut

Pemandu New York Rakam Detik Lepasi Lampu Isyarat Hijau 240 Kali Berturut-Turut

January 3, 2017 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

https://media.gettyimages.com/videos/lights-of-cars-and-buildings-from-traffic-in-times-square-at-night-video-id111351583?s=640x640
MACAM tidak percaya, tetapi itulah yang berlaku kepada seorang lelaki di New York apabila dia merekodkan detik memandu melepasi 240 lampu isyarat yang menyala hijau secara berturut-turut.

Menurut Noah Forman, rakaman itu dibuat pada jam 3 pagi di kawasan Manhattan pada 6 Disember 2016. Lebih menarik, aksi melepasi setiap lampu isyarat hijau itu dibuat tanpa perlu terdesak menekan pedal minyak untuk melajukan kenderaan atau memandu secara berbahaya.

SISTEM LALU LINTAS CEKAP?

https://assets.hipmunk.com/assets/dest_head/4da3308e2a0ceb6e9500c6d2
Walaupun tempo video dilajukan, tetapi situasi pemanduan Forman adalah sekata jika kita melihat kereta-kereta lain di sekelilingnya yang juga bergerak dalam tempo sama. Ada juga beberapa ketika Forman seakan cuba memberhentikan kenderaan apabila terlihat lampu isyarat merah, tetapi belum sempat dia berhenti, semua lampu isyarat merah itu sudah bertukar hijau.

Namun, rakaman itu tidak menunjukkan Forman sebagai pemandu terpilih yang paling bernasib baik di New York. Sebaliknya, ia menceritakan tentang kecekapan sistem lalu lintas di ibu kota itu. Apabila kenderaan kurang berhenti, maka masa memandu lebih cepat, manakala perbatuan jadi lebih baik. Tetapi lampu isyarat itu bukanlah sepanjang masa bertukar warna dengan pantas melainkan ditentukan masa, seperti dirakamkan Forman dalam video di bawah pada jam 3 pagi!

Jadi, tip melancong buat sesiapa yang mahu ke New York, bolehlah tetapkan masa awal pagi untuk menjelajah dan menyaksikan keindahan bandar raya tersebut dengan hati tenang dan seronok.

SUMBER: Foxnews.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Amerika Syarikat, Auto Terkini, lampu isyarat cekap, Manhattan, New York, Noah Forman

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
    Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi
    Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev