Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pemandu Navara Mabuk Rempuh Vios dari Belakang, Dua Kanak-Kanak Parah
Auto Terkini

Pemandu Navara Mabuk Rempuh Vios dari Belakang, Dua Kanak-Kanak Parah

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize30/01/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pemandu trak pikap Nissan Navara, yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk melanggar belakang Toyota Vios hingga menyebabkan dua beradik parah di KM57 Jalan Batu Pahat-Mersing, Johor, petang kelmarin 28 Januari.

Mangsa ialah Nur Hana Humaira, 1 tahun enam bulan, parah kepala dan cedera tulang pinggul, manakala kakaknya, Nur Aisyah Humaira, 6, parah kepala dan bengkak tulang rahang.

Ketika kejadian, Vios dinaiki keluarga mangsa dari Kluang menuju Mersing dirempuh sebuah Nissan Navara dari belakang hingga kereta mangsa terbabas dan melanggar pokok di bahu jalan. Video kemalangan itu turut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Md Noh berkata, dua beradik tersebut masih menerima rawatan di Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.

Menurutnya,  kemalangan itu turut menyebabkan bapa mangsa, yang memandu Vios bersama isteri di sebelah, cedera dan mendapatkan rawatan di Zon Kuning hospital sama.

Pemandu trak pikap itu kini ditahan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.

Suspek dipercayai mabuk semasa kejadian itu dan sampel darah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan pemeriksaan toksikologi,” kata Bahrin.

Beliau berkata, polis akan memohon perintah reman ke atas pemandu Navara itu untuk siasatan kes yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA >>> Drebar Lori Pasir Mabuk, Lawan Arus Direman 4 Hari
BACA >>> Lelaki Kesal Pemandu Waja Sawan Terbiar Pagi Hingga Petang Kerana Disyaki Mabuk

SUMBER: BeritaHarian | FB

Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom Kanak-Kanak kemalangan Langgar Lari Mabuk Nissan Navara Pemandu Navara Mabuk Toyota Vios
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Batal 3 EV, Bos Besar Potong Imbuhan!

    14/03/2026
    Auto Terkini

    Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia 2026 Dibuka, Final Di Sepang Ogos Ini

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

    13/03/2026
    Auto Terkini

    PLUS Jangka 2.3j Kenderaan Sehari, 34 Smart Lane Diaktifkan Sempena Aidilfitri

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.