Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pemandu Grab Singapura Kena Penjara Dua Hari, Denda RM12k Kerana Mabuk di Malaysia
Auto Terkini

Pemandu Grab Singapura Kena Penjara Dua Hari, Denda RM12k Kerana Mabuk di Malaysia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/03/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG lelaki warga Singapura dihukum Mahkamah Majistret di Johor Bahru penjara dua hari dan denda RM12,000 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol, awal bulan ini.

Akhbar Berita Harian melaporkan, Majistret Nur Fatin Mohamad Farid menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Sim Kok Siong Daniel, 46, selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin.

Mahkamah juga memerintahkan pemandu e-hailing di Singapura itu dipenjara tujuh bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, Kok Siong didakwa memandu dengan kandungan alkohol 165mg dalam 100ml darah, melebihi had ditetapkan (50mg dalam 100ml darah).

Perbuatan itu dilakukan di sebuah restoran di Jalan Dato’ Abdullah Tahir di Johor Bahru, jam 10 malam pada 5 Mac lalu.

Tertuduh didakwa bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntuk hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda hingga RM30,000, jika sabit kesalahan.

Sebelum dijatuhkan hukuman, Kok Siong yang tidak diwakili peguam memohon maaf dan berjanji tidak mengulanginya. Tertuduh berkata;

Saya bekerja sebagai pemandu Grab di Singapura dengan pendapatan SGD5,000 sebulan. Saya juga menanggung isteri yang tidak bekerja dan tiga anak yang masih belajar.

“Saya tidak mampu membayar denda tinggi atau dipenjarakan kerana saya satu-satunya pencari rezeki dalam keluarga.”

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman tersebut selain melucutkan hak tertuduh untuk memiliki lesen memandu tempatan selama dua tahun bermula tarikh sabitan.

Mabuk Memandu Mabuk Nur Fatin Mohamad Farid pemandu mabuk Pemandu Mabuk Singapura Dipenjara Sim Kok Siong Daniel
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia 2026 Dibuka, Final Di Sepang Ogos Ini

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

    13/03/2026
    Auto Terkini

    PLUS Jangka 2.3j Kenderaan Sehari, 34 Smart Lane Diaktifkan Sempena Aidilfitri

    13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Auto Terkini

    Bezza Catat Jualan Paling Tinggi Februari 2026, Tapi Saga Masih ‘King’

    By Syafie11/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.