Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Sani Express Gantung Tugas Pemandu Bas Tak Nak Berhenti Solat Subuh
Auto Terkini

Sani Express Gantung Tugas Pemandu Bas Tak Nak Berhenti Solat Subuh

FarahBy Farah24/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADUAN seorang penumpang bas yang mendedahkan pemandu bas Sani Express enggan berhenti untuk solat Subuh ketika dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ke Jertih, Terengganu, Sabtu lalu tular di media sosial.

Penumpang itu, Muhammad Safwan menerusi status di laman Facebook mendakwa pemandu bas tersebut tidak mengendahkan pertanyaannya untuk berhenti solat Subuh.

Lebih mengewakan, dia ditinggalkan di kawasan Hentian Setiu ketika berhenti ke tandas yang  menunjukkan pemandu bas tersebut tidak mengira bilangan penumpang sebelum bergerak.

Letih arini naik Sani Express trip MKB58. Dah la driver pemandu tak berhenti solat Subuh. Bila tanya nak berhenti kat mana, dia buat senyap. Buat muka ‘keras’, buat tak tahu.

“Bila berhenti buang air di stesen Setiu, dia tinggal pulak penumpang. Padahal dia tengok kita masuk tandas. Tak cek (periksa) bilangan penumpang sebelum gerak.

“Mohon syarikat Sani Express ambik tindakan kepada driver trip MKB58 Tbs-Jerteh 11:30 malam, 20/11/2021. Solat ni perkara no 1. Baik tukar driver bukan Islam jah senang, tak berhenti solat pon orang tak kata,” luahnya dalam hantaran itu.

Status itu menarik perhatian ramai netizen hingga mendapat hampir 2,000 perkongsian dan 1,600 komen.cRata-rata netizen beragama Islam meluahkan rasa kecewa terhadap perkhidmatan Sani Express yang dianggap tidak mementingkan urusan agama yang menjadi kewajipan penganut Islam.


Susulan kes berkenaan, Sani Express dalam satu kenyataan di laman rasmi Facebook syarikat itu memohon maaf berhubung insiden tersebut dan berjanji perkara sama tidak berulang lagi.

Syarikat bas itu turut memaklumkan pemandu berkenaan kini digantung tugas buat masa sekarang dan siasatan dalaman akan dilakukan. Tindakan disiplin seperti amaran, kaunseling, latihan semula atau tindakan lanjut mengikut prosedur syarikat akan dikenakan kepada pemandu tersebut.

SUMBER: FB SaniExpressSdnBhd

Aduan Bas Drebar Bas Sany Express Tidak Berhenti Solat Subuh penumpang bas sani express Viral
Farah

    Artikel Berkaitan

    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    26/03/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

    26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.