Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pelumba Thailand Dominasi GIVI Rimba Raid Taman Negara 2022
Auto Terkini

Pelumba Thailand Dominasi GIVI Rimba Raid Taman Negara 2022

WahidBy Wahid29/09/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERLUMBAAN motosikal advencer terbesar dunia, GIVI Rimba Raid Taman Negara 2022 berlangsung di Kuala Tahan, Pahang pada 24 September lalu dengan menyaksikan penguasaan pelumba dari Thailand dalam empat kategori perlumbaan, termasuk merangkul juara keseluruhan daripada kalangan 223 pelumba bertanding.

Dengan slogan #offroadtakbolehpurapura, pihak penganjur menyediakan trek sejauh 158km yang menyajikan pemandangan indah, tetapi mencabar sepanjang perkarangan hutan bakau Taman Negara di Pahang Tengah.

Setiap pelumba diuji kekuatan mental dan fizikal dengan meredah tanah liat merah, lurah dalam, bonggol batu besar, laluan licin, bukit curam, denai sempit, tujuh anak sungai, dan tebing sungai berpasir lembut sebagai cabaran akhir. Malah, beberapa kawasan diberikan nama julukan khas seperti Bukit Taubat, Jurassic Park, Moonwalk, Gunung Dulang, Cerun Harapan, Lembah Marikh, Green Hell (Neraka Hijau) dan sebagainya.

Terdahulu, penganjur terlebih dahulu melakukan ujian simulasi perlumbaan yang mengambil masa 3 jam:30 minit untuk diselesaikan, dan dijadikan asas kepada masa perlumbaan. Berikut kategori dipertandingkan:

Kelas C – Enduro Rally

Kelas untuk motosikal enduro silinder tunggal (250cc-800cc). Jumlah bahan api menjadi cabaran terbesar kerana motosikal jenis ini memiliki kapasiti tangki minyak kecil.

Justeru, cara membawa bahan api diperiksa untuk kelayakan, dan pelumba Malaysia, Mohd Zulkarnain menerusi KTM 300 EX/C menjadi orang pertama keluar dari hutan dengan catatan masa 3h:4m:37.312s. Pelumba Thailand, Chaipuek Sangaroon (KTM 350 EX/C-F) menyusul di belakang di tempat kedua (3h:14m:39.634s), dan Kelvin Chia (Singapura) mengambil tempat ketiga podium (3h:19m:10.801s).

Pola penguasaan pelumba Thailand mula terbentuk dalam kelas di bawah ini.

Kelas C – DP Rally

Dikhaskan untuk motosikal advencer silinder tunggal (250cc-800c) sebagai kategori kedua. Pelumba Thailand Traiphop Boontha mengatasi semua pelumba dengan masa bawah 2 minit (2h:55m:20.980s) menerusi Honda CRF250L.

Ditempat kedua ialah rakan senegara, Manop Abdulkaree (3h:11m:44.030s), manakala ketiga, Mark Dustin Richardson dari Kanada (3h:20m:40.660s).

Kelas B

Kategori ini untuk model advencer lebih satu silinder (250cc-999cc). Pelumba pertama tiba di garisan penamat ialah Saphon Somroop (2h:51m:28.300s). Tidak cukup dengan itu, Suradet Taweelap hanya terlewat 30 saat di belakang (2h:51m:58.77s) dan Charod Khumchat tiba di garis penamat dengan masa 3h:9m:38.573s untuk tiga pelumba Thailand atas podium.

Malah, kedudukan lima terbaik kategori ini turut dikuasai pelumba Thailand dengan jentera kegemaran, Yamaha T7 Tenere.

Kelas A

Ini ialah kategori utama Rimba Raid sejak bermula pada 2015, melibatkan motosikal advencer lebih satu silinder (lebih 1,000cc.  Penganjur membuat perbezaan apabila  melepaskan pelumba kelas ini di belakang semua peserta lain bagi mengurangkan risiko motosikal besar terkandas di tengah laluan.

Pelumba pertama melintasi garisan penamat ialah Theera Putthai dari Thailand dengan masa 3h:8m:43.710s, dan disusuli rakan senegara, Pisanu Chimma dengan masa 3h:21m:3.815s. Pelumba Malaysia, Alan Ng tiba dengan masa 3h:53m:56.100s. Ketiga-tiga pelumba tersebut menunggang Honda CRF1100L African Twin.

Secara keseluruhan, masa dicatatkan Saphon dalam Kelas B terlalu pantas untuk digugat yang meletakkan ia sebagai Pemenang Keseluruhan Perlumbaan. Tempat kedua diraih rakan senegara Suradet (Kelas B), dan ketiga, Traiphop (Class C – DP Rally).

Berdasarkan analisis, Saphon dan Suradet memintas lebih 100 pelumba lain yang bermula di depan, dan dua pelumba itu juga lebih pantas daripada pelumba jentera enduro.

Perkara menarik lain, ada lapan pelumba Thailand dalam 10 kedudukan terbaik Kelas A, dan lapan lagi dalam 10 terbaik Kelas B, serta tiga lagi dalam lima terbaik Kelas C – DP Rally.

Faktor penguasaan Thailand adalah lebih awal mengadakan pusingan kelayakan ‘Road to Rimba Raid’ (Perjalanan ke Rimba Raid) di negara sendiri bagi mencari pelumba terbaik sebagai wakil negara dalam GIVI Rimba Raid Taman Negara 2022.

Apapun, pelumba tempatan berikrar akan berlatih lebih intensif bagi mempertahankan nama Malaysia di GIVI Rimba Raid akan datang. Hanya 99 daripada 223 pelumba dilepaskan dapat mencatatkan masa sebelum peringkat akhir ditutup. Kondisi laluan mencabar menyebabkan beberapa jentera dan pelumba terkandas dalam hutan, khususnya di cerun Bukit Taubat.

Upacara perlumbaan disempurnakan Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Baginda juga menyempurnakan majlis penanaman semula anak pokok pelbagai jenis di Bukit Awan.

Pencapaian penting dan fakta ringkas:

  • GIVI Rimba Raid tahun ini ialah acara terbesar sejak penubuhan pada 2015 dengan menerima 241 penyerta dari 14 negara seperti Kanada, Amerika Syarikat, Colombia, Britain, Belanda, Itali, Poland, Australia, Jepun, Vietnam, Thailand, Singapore, Indonesia, dan Malaysia.
  • Jumlah penyertaan menjadikan acara ini bertaraf dunia terbesar pernah dianjurkanMalaysia selain Kejuaraan Dunia MotoGP Malaysia.
  • Rimba Raid kini menjadi perlumbaan off-road untuk motosikal advencer kapasiti besar yang terbesar dunia. Perlumbaan seperti itu di negara lain tidak banyak dapat menarik ramai jumlah penyertaan pelumba motosikal kuasa tinggi.
  • Perlumbaan ini diselia Peratuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM), yang juga agensi berkanun diiktiraf Persekutuan Motosikal Antrarabangsa (FIM).

  • Sebagai makluman, FIM ialah badan yang menyelia perlumbaan bertaraf dunia seperti MotoGP, Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK), dan sebagainya.
  • Jumlah penyertaan mengikut kelas adalah:
    • Kelas A – 67
    • Kelas B – 62
    • Kelas C Enduro Rally – 38
    • Kelas C DP Rally – 60
  • Acara tahun ini menunjukkan perkembangan kemahiran penunggang mendadak berbanding GIVI Rimba Raid 2019 dan 2018.
  • Penyertaan kali pertama melibatkan beberapa motosikal yang tidak pernah dilumbakan di mana-mana di dunia seperti Aprilia Tuareg 660, Harley-Davidson Pan America 1250, KTM 390 Adventure, Husqvarna 901 Norden, Fantic Caballero 500, Moto Morini X-Cape 650, WMoto SX300.
  • Jentera Yamaha T7 Ténéré mendominasi Kelas B, manakala Honda CRF1100L Africa Twin mendominasi Kelas A.
  • Motosikal Harley-Davidson Pan America 1250 tiba di garisan penamat dalam masa dua jam lebih awal berbanding BMW R 1200 GS/R 1250 GS pertama. Hanya dua GS dapat menamatkan perlumbaan.
  • Hampir semua jenama motosikal yang membuat model advener dan enduro mengambil bahagain:
    • Aprilia – 1
    • Beta – 4
    • BMW – 54
    • Fantic – 1
    • GASGAS – 1
    • Harley-Davidson – 2
    • Honda – 43
    • Husqvarna – 17
    • Kawasaki – 12
    • KTM – 66
    • Moto Morini – 1
    • Sherco – 1
    • Suzuki – 2
    • Tekken – 1
    • Triumph – 3
    • Wmoto – 1
    • Yamaha – 30

  • Acara ini juga menyaksikan kehadiran ribuan penonton sepanjang 23-25 September sebagai tanda sokongan kepada ekonomi tempatan.
  • Penaja utama acara, GIVI menganjurkan konvoi bermotosikal khas dinamakan ‘GIVI RIMBA CAMP’ ke acara itu, melibatkan peserta dari Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia, Malaysia dan lain-lain. GIVI turut menaja hadiah utama selain menyediakan hadiah eksklusif kepada pelumba.
  • Seperti biasa, GIVI membuka reruai untuk mempamerkan produk jenama terbaharu itu, dan menyediakan bantuan kepada pelumba yang menggunakan produk tersebut.
  • BMW Motorrad Auto Bavaria turut membawa konvoi melibatkan 150 pemilik jenama itu.
  • Ducati Malaysia turut membuka reruai untuk menunjukkan barangan jenama itu.
  • Fantic Motor Malaysia menunjukkan Fantic Caballero 500 dan model enduro XFE 125.
Auto Terkini GIVI Rimba Raid Taman Negara 2022 Lumba Rali Taman Negara roda2 sukan permotoran
Wahid

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Pecah Rekod Jualan 2025 Di Sebalik Ketidaktentuan Global!

22/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

21/01/2026
iCAUR V23 Retro Edition 2026
0
Kenderaan Elektrik (EV)

Kit Badan ‘Retro Edition’ untuk iCAUR V23 Lancar, Harga Pakej RM22k

21/01/2026
Auto Terkini

Pos Malaysia Lancar Kenderaan Autonomi Pertama Negara

21/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

By Han Othman15/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.