PELUMBA Indonesia, Afridza Munandar maut dalam nahas di Turn 10 pada lap pertama kejuaraan Piala Bakat Asia (ATC) 2019 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), petang semalam (Sabtu).
Sebaik saja kemalangan berlaku, pasukan kecemasan litar pantas memberikan bantuan sebelum diterbangkan ke Hospital Kuala Lumpur menggunakan helikopter. Namun, beliau disahkan meninggal dunia di sana.
BACA >>> Khemah Pasukan Moto3, Moto2 di Sepang Kena Pecah Masuk, Rugi Sampai RM233k!
Dalam aksi di Sepang itu, Afridza sedang bersaing merebut gelaran juara ATC 2019 yang mana dia kini berada di kedudukan ketiga terbaik dan berpeluang merebut kejuaraan. Berdasarkan rakaman video, pelumba berusia 20 tahun itu sedang berada di kedudukan keenam ketika insiden terjadi.
Apabila memasuki Turn 10, jenteranya kelihatan bergesel dengan pelumba nombor 11, Takuma Matsuyama hingga menyebabkan dia terjatuh. Namun selepas itu tiada lagi sorotan kamera dipaparkan, dan red flag dikibarkan, manakala dua pelumba tidak kelihatan, iaitu Afridza dan Shinji Ogo bernombor 22.
BACA >>> Marc Marquez Nak Pecah Rekod Pelumba Raih Mata Terbanyak di Sepang?
Leave a Reply