JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan baru-baru ini mendedahkan menerima panggilan kecemasan yang agak pelik pada 23 Januari lalu.
Penduduk kawasan Jelawat, Bachok, dikatakan meminta bantuan mengisi air ke dalam pengadang plastik yang diletakkan di tepi jalan. Walaupun kelihatan remeh, tetapi bomba tetap memenuhi permintaan tersebut.
Pengarah JBPM Kelantan, Farhan Sufyan Borhan menjelaskan, bomba ke lokasi tersebut untuk mengisi air ke dalam pengadang jalan itu yang digunakan untuk menutup jalan di kawasan berkenaan.
Pemanggil memerlukan bantuan, jadi kami bantu kerana ketika itu tiada kecemasan lain yang berlaku."
Menurutnya, mengisi air ke dalam pengadang plastik adalah untuk menghalang daripada bergerak atau diterbangkan angin.
Farhan Sufyan turut menyatakan bomba sering menerima panggilan kes pelik lain seperti tertusuk paku, tilam terbakar dan tersepit kerusi plastik serta pagar masjid
SUMBER: SinarHarian
Leave a Reply