• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pelekat Pemantul Cahaya 3M Diamond Grade Conspicuity Marking Lebih Berkualiti & Tahan Lasak

Pelekat Pemantul Cahaya 3M Diamond Grade Conspicuity Marking Lebih Berkualiti & Tahan Lasak

December 9, 2016 By Abang GYL 1 Comment

94
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

3M Diamond Grade Conspicuity Marking3M Malaysia memperkenalkan 3M Diamond Grade (DG3) Conspicuity Marking selaras dengan pengumuman dibuat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang mewajibkan semua kenderaan perdagangan menggunakan pelekat pemantul cahaya.

JPJ dalam satu kenyataan sebelum ini mewajibkan semua kenderaan perdagangan memasang pelekat pemantul cahaya mulai 1 Januari 2017 dalam usaha mengurangkan kemalangan jalan raya.

Pengurus Besar Safety & Graphic Business Group, GT Lim berkata, kenderaan perdagangan yang dipasangkan DG3 Conspicuity Marking lebih mudah dan cepat dikesan berbanding yang tidak dilekat sebarang pemantul cahaya.

Menurut Lim lagi, dengan pemasangan pelekat pemantul cahaya DG3 Conspicuity Marking ini membolehkan pemandu lain lebih mudah kelihatan dan secara tidak langsung mampu mengurangkan kadar kemalangan.

3M Diamond Grade Conspicuity MarkingTAHAN LASAK

Memahami keadaan cuaca negara yang sentiasa panas, rekabentuk dan material pada pelekat pemantul cahaya DG3 3M ini dihasil menggunakan bahan berkualiti tinggi serta mudah dilekat pada permukaan licin. Ia juga direka untuk lebih tahan lasak.

3M Diamond Grade Conspicuity Marking
3M Diamond Grade Conspicuity Marking

PEMILIK PERTAMA

Dalam pada itu, syarikat logistik terkenal di Malaysia, Tiong Nam Logistics Holdings Berhad menjadi pemilik pertama yang menggunakan pelekat pemantul cahaya DG3.

3M Diamond Grade Conspicuity MarkingHARGA

Mulai Januari 2017, pelekat pemantul cahaya 3M Diamond Grade Conspicuity Marking boleh didapati di mana-mana Puspakom utama di seluruh negara.

Harga jualan bermula antara RM60 hingga RM70 dan pemilik syarikat boleh membeli pada harga lebih rendah dengan pembelian secara pukal. Maklumat lanjut mengenai pelekat pemantul cahaya 3M, layari www.3M.com.my/lorrymarking.

94
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 3M Diamond Grade Conspicuity Marking, 3M Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ, pelekat pemantul cahaya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
    #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
  • #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
    #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
  • #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my