Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pelajar Politeknik Maut dalam Kereta, Terhidu Karbon Monoksida
Auto Terkini

Pelajar Politeknik Maut dalam Kereta, Terhidu Karbon Monoksida

Han OthmanBy Han Othman28/11/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG pelajar Politeknik Kota Bharu di Tumpat ditemukan maut dalam sebuah kereta bersama seorang rakannya yang dikejarkan ke hospital akibat terhidu gas karbon monoksida (CO).

Pelajar Diploma Pengajian Perniagaan, Fatin Ieram Bariah Muhamad Sobri, 20, dan rakannya Wan Muhamad Haris Aiman Muhamad, 20, ditemukan pekerja sebuah stesen minyak di bandar Kota Bharu selepas mendapati kereta berkenaan diparkir beberapa jam di situ.

Ibu mangsa, Rohana Ismail, 41, memberitahu menerima panggilan telefon mengenai insiden itu pada jam 10.45 malam dan terus memaklumkan kepada suaminya yang kemudian bergegas ke lokasi berkenaan.

Menurut Rohana, anaknya yang mesra dengan panggilan Ieram ditemani Wan Muhamad Haris Aiman yang juga rakannya sejak sekolah dan turut belajar di politeknik berkenaan.

Saya dimaklumkan mereka dalam perjalanan ke kedai kakak Wan Muhamad Haris Aiman di bandar untuk membungkus barangan jualan atas talian kakaknya itu,” katanya dipetik Sinar Harian ketika ditemui di rumah di Kampung Kajang Sebidang, di Tumpat, semalam.

Menurutnya, Ieram tinggal di rumah sewa berdekatan politeknik dan akan pulang setiap Khamis dengan memandu kenderaan sendiri.

Rohana mendakwa kali terakhir bertemu mangsa pada jam 6.45 pagi Ahad lalu ketika mahu bertolak ke politeknik.

Dia bersalam, memeluk dan mencium saya. Itu perkara biasa yang dilakukan setiap kali mahu keluar.”

SUMBER & FOTO: SinarHarian

Auto Terkini Maut Hidu Karbon Monoksida Pelajar Politeknik Maut Hidu Karbon Monoksida Politeknik Kota Bharu Tumpat
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

PROTON S70 2026 Empat Silinder Kini Dalam Pasaran, Harga Mula RM73,800

12/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

12/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

11/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Honda Malaysia Sasar 60,000 Unit, Lancar Enam Model Baharu Tahun 2026

By Shazwan Hisam11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.