• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pelajar Kolej 16 Tahun Maut Lumba Haram Terlanggar Myvi

Pelajar Kolej 16 Tahun Maut Lumba Haram Terlanggar Myvi

October 20, 2023 By Han Othman Leave a Comment

42
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG penuntut kolej vokasional maut, manakala rakannya parah dipercayai berlumba dan terlibat kemalangan di KM59, Jalan Kota Tinggi-Kluang, Johor, malam kelmarin (18 Oktober).

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, insiden berlaku jam 10.15 malam melibatkan dua motosikal jenis Yamaha LC yang ditunggang Mohamad Haikal Hakimi,16, dan Mohammad Zul Aidil, 18, dengan sebuah kereta Perodua Myvi dipandu Fatahul Ariffin, 33.

kemalangan-motosikal-kluang-16-tahun-7
kemalangan-motosikal-kluang-16-tahun-3
kemalangan-motosikal-kluang-16-tahun-6

Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua penunggang dipercayai sedang berlumba dari arah Kluang ke Kota Tinggi, manakala Perodua Myvi di depan turut dari arah sama.

Sebaik saja sampai di lokasi kejadian, kedua-dua penunggang secara tiba-tiba hilang kawalan hingga menyebabkan mereka melanggar belakang kereta yang bergerak perlahan kerana mahu memasuki simpang ke Felda Ulu Penggeli."

Akibat perlanggaran itu, Mohamad Haikal meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman badan dan kepala, manakala rakannya Mohammad Zul Aidil patah tangan kanan dan cedera di beberapa bahagian badan.

Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom untuk proses bedah dan rawatan, manakala pemandu Myvi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

kemalangan-motosikal-kluang-16-tahun-4
kemalangan-motosikal-kluang-16-tahun-1
kemalangan-motosikal-kluang-16-tahun-2
kemalangan-motosikal-kluang-16-tahun-3
kemalangan-motosikal-kluang-16-tahun-5
kemalangan-motosikal-kluang-16-tahun-6
kemalangan-motosikal-kluang-16-tahun-8
kemalangan-motosikal-kluang-16-tahun-7

SUMBER: Kosmo | Utusan | FB KHI

Related

42
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, Auto Terkini, Felda Ulu Penggeli, Kemalangan Kluang, Kemalangan Lumba Haram, kemalangan maut, Lumba Haram, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
    Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi
    Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev