Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam24/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan

NIAT murni dua pelajar sekolah menengah rendah untuk membantu seorang wanita yang terjatuh basikal bertukar menjadi isu undang-undang apabila mereka diarahkan membayar pampasan sekitar RM124,285 (220,000 yuan).

Menurut laporan media China, insiden itu berlaku pada 19 Februari 2026 di Putian yang mana wanita itu mendakwa terjatuh selepas terkejut ketika melalui kawasan berkenaan.

Insiden Dirakam, Polis Tentukan Liabiliti Sebahagian

Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan

Rakaman video yang tular di YouTube menerusi saluran CHUCHU Channel menunjukkan wanita tersebut terjatuh ketika berbasikal melepasi sebuah kereta putih. Difahamkan, mangsa dipercayai hilang keseimbangan ketika cuba mengelak kenderaan berkenaan.

Tidak lama selepas itu, dua pelajar perempuan melalui lokasi kejadian dan tampil membantu. Seorang daripada mereka membantu mangsa bangun, manakala rakannya mengangkat basikal yang terjatuh sebelum memastikan wanita itu dalam keadaan selamat.

Bagaimanapun, siasatan polis trafik memutuskan kedua-dua pelajar berkenaan mempunyai tanggungjawab sebahagian dalam insiden tersebut.

Diklasifikasikan ‘Bertanggungjawab Secara Sekunder’

Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan

Dalam penentuan liabiliti, tindakan salah seorang pelajar didakwa memberi kesan tertentu terhadap perkembangan kemalangan itu. Pelajar terbabit kemudian diklasifikasikan sebagai ‘bertanggungjawab secara sekunder’ dan dikehendaki membayar pampasan yang dituntut.

Ibu bapa pelajar terlibat menyifatkan keputusan itu sukar diterima. Mereka mendakwa tindakan undang-undang tersebut bukan saja memberi tekanan kewangan, malah menimbulkan trauma psikologi kepada anak mereka.

Kes Dibawa ke Mahkamah

Mahkamah dilaporkan menerima saman tuntutan pampasan yang difailkan wanita berkenaan. Perbicaraan kes dijadualkan berlangsung pada pagi 26 Februari 2026.

Kes itu mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen mengenai isu tanggungjawab undang-undang dan dilema membantu mangsa kemalangan, khususnya apabila tindakan membantu boleh membawa implikasi perundangan tidak dijangka.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Jatuh basikal kemalangan media china Pelajar putian
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

24/02/2026
Model konsep EV, Lamborghini Lanzador
Kenderaan Elektrik (EV)

Tak Laku, Lamborghini ‘Cancel’ EV Pertama

24/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

24/02/2026
Anthony Loke Siew Fook | LRT Rapid Rail
Auto Terkini

Waktu Puncak Rapid Rail Dilanjutkan Sempena Ramadan 2026

24/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.