• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pekerja Delta Airlines Dibenarkan Tidak Ambil Vaksin, Tapi Kena Bayar Ekstra Insurans

Pekerja Delta Airlines Dibenarkan Tidak Ambil Vaksin, Tapi Kena Bayar Ekstra Insurans

August 26, 2021 By AO Leave a Comment

410
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBUAH syarikat penerbangan si Amerika Syarikat (AS), Delta Airlines mengenakan tambahan AS$200 (RM838) setiap bulan untuk insurans penjagaan kesihatan kepada pekerjanya yang tidak mahu mengambil vaksin Covid-19.

Tambahan surcaj kepada sumbangan insurans kesihatan itu ialah strategi terbaharu syarikat korporat AS bagi mendorong pekerja mereka mendapatkan suntikan vaksin. Antara syarikat penerbangan lain yang turut melakukan langkah sama ialah United Airlines dalam usaha mengekang penularan varian baharu Covid-19, Delta.

BACA >>> Kereta Terbang AirCar Buat Penerbangan 35 Minit, Setinggi 2,500 Meter

Tidak lama selepas Delta Air, Air Canada pula membuat pengumuman mengejutkan, iaitu pekerja yang tidak divaksin selewat-lewatnya 30 Oktober nanti akan berdepan risiko dibuang kerja atau cuti tanpa gaji. Syarikat itu juga mengubah polisi menjadikan vaksinasi penuh sebagai syarat pengambilan pekerja baharu.

Dalam memo kakitangan, Ketua Eksekutif Delta Air, Ed Bastian berkata, bayaran tambahan bulanan akan berkuatkuasa pada 1 November yang diperlukan untuk mengatasi risiko kewangan dihadapi syarikat penerbangan yang berpangkalan di Atlanta

Jurucakap Delta Air berkata, syarikat perlu membelanjakan kos hingga AS$40,000 (RM167,620) seorang bagi rawatan Covid-19 di hospital.

BACA >>> Guna MySejahtera Orang Lain untuk Ambil Vaksin, 4 Individu Ditahan
BACA >>> Boleh 'Dine-In' di Restoran, Main Golf Jika Lengkap Dos Vaksin di Negeri Fasa Satu PPN

SUMBER: AstroAwani

410
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Delta Airlines, Syarikat Penerbangan, Vaksin Covid-19, Varian Delta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my