• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PDRM: Unit Berkuda Masih Relevan Jaga Sempadan Negara

PDRM: Unit Berkuda Masih Relevan Jaga Sempadan Negara

January 15, 2021 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS Diraja Malaysia mendakwa penempatan Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi membantu tugasan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis adalah relevan dalam mengekang kegiatan penyeludupan di sempadan negara.

Malah itu bukan kali pertama pasukan berkuda ditugaskan di kawasan sempadan kerana sudah sedia ada sejak 1995. Ini kerana kawasan di sempadan mempunyai kondisi rupa bumi pelbagai dan sesuai untuk Unit Berkuda bergerak, terutama di kawasan yang tidak boleh dilalui kenderaan.

Unit Berkuda juga menjadi sokongan kepada Pasukan Gerakan Am (PGA) yang menumpukan kepada langkah pencegahan penyeludupan di kawasan bersesuaian seperti di jalan keselamatan dengan tempat lapang dan perumahan antara sempadan Malaysia-Thailand.

BACA >>> Adakah Kuasa Kuda (hp) Faktor Paling Penting Memilih Motosikal?

Posisi anggota Unit Berkuda dengan ketinggian kira-kira 10 kaki di atas kuda membolehkan anggota mengesan sebarang pergerakan mencurigakan dari kawasan perumahan di seberang sempadan. Rondaan turut dibuat di kawasan tumpuan orang ramai seperti lokasi perniagaan sekitar Padang Besar, Perlis.

 

PDRM mempunyai lebih 50 kuda untuk tugasan seluruh negara yang berpangkalan di FRU Cheras.

Unit Berkuda PDRM digerakkan untuk membantu tugasan di kawasan sempadan negara berikutan insiden berbalas tembak antara kumpulan penyeludup dan dua anggota PGA November tahun lalu hingga menyebabkan seorang anggota PGA Senoi Praaq maut, dan seorang lagi cedera.

BACA >>> #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Kuda, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Unit Berkuda, Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Unit Berkuda PDRM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
  • Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
    Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my