• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pasukan Khas Bantu Ubah Nasib 550 Pekerja Kilang Goodyear Shah Alam

Pasukan Khas Bantu Ubah Nasib 550 Pekerja Kilang Goodyear Shah Alam

March 8, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SATU pasukan khas akan ditubuhkan untuk membantu kira-kira 550 pekerja yang bakal hilang mata pencarian susulan penutupan kilang Goodyear di Shah Alam, Selangor.

Khabarnya, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) merupakan pihak yang menubuhkan pasukan tersebut.

MIDA menjelaskan pasukan itu akan membantu penempatan semula pekerja dan menawarkan program peningkatan kemahiran serta latihan semula kepada pekerja yang terjejas.

Agensi itu dalam satu kenyataan menjelaskan:

Melihat kepada kejayaan usaha terdahulu, MIDA aktif bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Pekerja (Perkeso) serta Jabatan Tenaga Kerja melalui Pusat Pemudahcara Invest Malaysia yang baharu untuk memudahkan bantuan penempatan pekerjaan daripada pelbagai sektor.

"Usaha kerjasama ini menunjukkan potensi mekanisme sokongan yang berkesan bagi membantu mereka yang terjejas berikutan penutupan kilang Goodyear di Shah Alam, menunjukkan komitmen kerajaan terhadap peralihan dan daya tahan tenaga kerja.”

Laporan FMT pula menjelaskan Goodyear sedang bekerjasama erat dengan Kerajaan untuk membantu pekerja-pekerja terjejas susulan langkah penutupan kilang tersebut.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Kementerian Pelaburan, Kilang Goodyear Shah Alam tutup, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perdagangan dan Industri (MITI), Pertubuhan Keselamatan Pekerja (Perkeso)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my