Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Inilah 5 Sebab Kenapa Anda Patut Pilih Volkswagen Vento!
Pandu Uji

#PanduUji: Inilah 5 Sebab Kenapa Anda Patut Pilih Volkswagen Vento!

Abang GYLBy Abang GYL18/04/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

pandu uji Volkswagen ventoJIKA anda sedang tercari-cari kereta di bawah RM85,000 dan pada masa sama mahukan enjin turbo, Volkswagen Vento 1.2L TSI adalah pilihan terbaik.

Kenapa Vento? Bukankah harga Volkswagen Vento 1.2L TSI RM93,888? Jangan risau, kami akan kupaskan lima sebab kenapa anda perlu memilih Volkswagen Vento.

pandu uji Volkswagen vento1. HARGA TAK MASUK AKAL

Ya, atas kertas Volkswagen Vento 1.2L TSI sememangnya dijual pada harga RM93,888. Tetapi jika anda membuat pembelian sebelum 31 Disember 2017, diskaun RM10,000 akan diberikan menerusi promosi Volkswagen Sedanza. Selepas diskaun, anda kini boleh mendapatkan Volkswagen Vento 1.2L TSI pada harga RM83,888.

Begitu juga dengan Vento 1.6L. Harga asal RM86,888, tetapi selepas diskaun jika membeli sebelum 31 Disember, ia hanyalah RM76,888. Ini memang betul-betul ‘harga tak masuk akal’.

2. SERVIS PERCUMA – TAK PAYAH BAYAR APA-APA!

Bukan itu saja, anda juga diberikan servis percuma selama lima tahun. Ini bermakna, anda tidak perlu bayar sesen pun ketika menghantar kenderaan untuk disenggara,  termasuk kos alat ganti, minyak pelincir dan upah. Semua percuma! Memang berbaloi laa…

BACA >>> Kempen Volkswagen Sedanza – 5 Tahun Servis Percuma, Rebat Tunai RM15k!

pandu uji Volkswagen vento3. ENJIN TURBO BEB!

Volkswagen Vento 1.2L dipadankan ‘jantung’ bersesaran TSI bersama pengecas turbo dan pancitan bahan api. Dengan bantuan kotak gear DSG 7-kelajuan, ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 103hp dan tork 175Nm.

Kami juga sudah pandu uji dan ternyata Vento 1.2L TSI ini memang sedap dipandu. Setakat 180kmj, dengan mudah ia boleh dicapai. Begitu juga dengan tork yang bertindak seawal 1,750rpm.

Selain itu, pujian juga harus diberikan pada Volkswagen Vento apabila ia menawarkan tahap pengendalian lebih baik. Biarpun memandu dalam kelajuan 90kmj di kawasan selekoh, kestabilan Vento jelas terasa. Ruangan roda juga bekerja dengan baik apabila memberikan cengkaman baik.

4. JIMAT MINYAK

Biarpun hadir dengan enjin turbo yakni TSI, penggunaan bahan api bagi Vento cukup menjimatkan. Atas kertas, Vento TSI mencatatkan penggunaan bahan api sebanyak 5.5L per 100km.

5. WARANTI 5 TAHUN

Jika sebelum ini ramai risau dengan harga alat ganti yang terlalu mahal, kini anda tidak lagi perlu takut. Volkswagen Vento kini didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. Jadi, apa nak risau lagi?

BACA >>> Kurang 20 Minit, Kesemua 12 Unit Volkswagen Beetle Edisi Terhad Habis Dijual Di Lazada!

pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento

KESIMPULAN

Antara Volkswagen Vento 1.2L TSI dan Vento 1.6L MPI, dua-duanya adalah pilihan terbaik. Secara peribadi, saya akan pilih Volkswagen Vento 1.2L TSI. Kenapa? Ini kerana saya sukakan kelajuan. Kuasa tujahan diberikan oleh Vento 1.2L berjaya pikat hati saya.

Jika anda kekurangan bajet, Vento 1.6L juga salah satu pilihan bijak. Cuma kalau ada bajet lebih, apa salahnya pilih lebih baik iaitu Vento 1.2L TSI.

Apa-apapun, tangan di pilihan anda. Sebelum membuat pilihan, saya syorkan anda pandu uji dulu Volkswagen Vento di mana-mana bilik pameran Volkswagen berdekatan. Atau tonton video reviu kami di bawah.

GALERI

pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento
pandu uji Volkswagen vento

 

enjin vento Harga Volkswagen Vento harga volkswagen vento 1.2L TSI harga volkswagen vento 1.6L MPI Pandu Uji Volkswagen Vento vento turbo Volkswagen Vento 1.2L TSI volkswagen vento 1.6L MPI vw vento
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

    27/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.