• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / #PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Tanpa Isi Minyak?

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Tanpa Isi Minyak?

September 29, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

BARU beberapa bulan dilancarkan, Chery Tiggo Cross - SUV segmen A+ baharu daripada Chery Malaysia, sudah pun dipandu uji oleh penulis bersama rakan media lain.

Destinasi? Perjalanan dari Bamboo Hills, Segambut menuju ke Tanjung Jara Beach Resort, Kuala Dungun, sejauh hampir 800km.

Sebanyak enam unit kenderaan yang disediakan untuk rakan media yang terdiri daripada tiga unit Tiggo Cross Turbo dan tiga unit Tiggo Cross Hybrid.

Apa yang menarik, Chery menyatakan SUV kompak ini mampu melepasi 1,000km dengan satu tangki penuh hasil teknologi Chery Super Hybrid (CSH).

Jadi, misi kali ini adalah untuk menguji sejauh mana kenyataan dari Chery itu benar atau sebaliknya - bolehkah Tiggo Cross pulang balik KL - Terengganu tanpa mengisi minyak?

Apa itu Chery Super Hybrid (CSH)?

Platform Chery Super Hybrid (CSH) pertama kali diperkenalkan di Auto Shanghai 2025 dan kini tiba secara rasmi di Malaysia. Antara ciri menarik adalah seperti:

  • Kecekapan terma 44.5 peratus - antara yang tertinggi dalam industri
  • Penggunaan bahan api ultra rendah dengan jarak pemanduan sehingga 1,200km
  • Transmisi DHT berprestasi tinggi dan pecutan sepantas 4.28 saat untuk 0-100kmj
  • Bateri LFP 1.8kWj yang selamat dengan julat suhu operasi -35°C hingga 60°C

Pilihan Trenkuasa: Turbo vs Hybrid

Tiggo Cross hadir dengan dua varian trenkuasa - Turbo dan Hybrid CSH.

1.5 Turbo Petrol

  • Output: 147ps / 210Nm
  • Transmisi: DCT 6-kelajuan
  • Pecutan 0-100km/j: 9.9 saat
  • Penggunaan petrol: 6.3L/100km

1.5L Hybrid CSH

  • Output gabungan: 204ps / 310Nm
  • Transmisi: DHT150 (CVT + dual-motor)
  • Pecutan 0-100km/j: 9.6 saat
  • Penggunaan petrol: 5.4L/100km
  • Boleh bergerak dengan motor elektrik sehingga 80km/j

Catatan Perjalanan KL - Terengganu

@pandulaju Atas kerja, @cherymalaysia kata Chery Tiggo Cross Hybrid boleh bergerak sejauh 1000km dengan hanya 5.4L/100km. Sekarang kita cuba dulu perjalanan KL ke Terengganu. Berapa agaknya yang kita dapat? Kalau nak tahu, tengok video sampai habis! #chery #cherymalaysia #cherytiggocross #csh #pandulaju ♬ original sound - PanduLaju

Dengan tangki penuh, Tiggo Cross mampu bergerak sejauh 850km. Berikut catatan penggunaan minyak semasa perjalanan:

  • KL - RNR Temerloh: baki 744km
  • RNR Temerloh - Kuantan: baki 638km
  • Kuantan - TCS Kemaman: baki 583km
  • TCS Kemaman - Tanjung Jara Beach Resort: baki 518km

Hasilnya, selepas tiba di destinasi, indikator masih menunjukkan setengah tangki (2/4 bar) dengan jarak berbaki 518km. Secara logik, SUV ini boleh pulang semula ke KL dan masih berbaki perjalanan lebih 100km.

Menariknya, Chery turut menganjurkan cabaran penjimatan minyak untuk varian Hybrid. Kumpulan penulis berjaya mencatat 5L/100km, manakala kumpulan terbaik berjaya menggunakan 4L/100km - sangat jimat untuk SUV segmen A+.

Apa yang Penulis Suka?

  • Penggunaan minyak jimat terutama untuk varian Hybrid.
  • Olengan badan terkawal, kerusi semi bucket memberi rasa stabil.
  • Pikap responsif, pemanduan santai atau agresif masih meyakinkan.
  • Suspensi seimbang, selesa walaupun melalui jalan kampung dan off-road ringan.
  • Ciri keselamatan lengkap termasuk sistem bantuan pemanduan pintar.

Apa yang Kurang Berkenan?

  • Bunyi enjin Hybrid agak bising berbanding Turbo.
  • Stereng terlalu ringan - kurang yakin di selekoh tajam pada kelajuan tinggi.
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA) terlalu sensitif, membuatkan stereng seperti "melawan".
  • But belakang masih manual, tiada ciri power tailgate.
  • Sandaran kerusi belakang agak menegak - boleh jadi kurang selesa untuk perjalanan jauh.

Boleh Tak KL - Terengganu Tanpa Isi Minyak?

Jawapannya Ya, Chery Tiggo Cross Hybrid berjaya membuktikan kenyataan Chery - ia boleh ulang alik KL menuju Terengganu dengan satu tangki penuh, malah ada baki minyak untuk pusing-pusing sekitar bandar.

Gabungan penjimatan bahan api, prestasi responsif dan keselesaan menjadikan Tiggo Cross Hybrid antara pilihan SUV hibrid paling berbaloi dalam kelasnya sekarang.

chery-tiggo-cross-test-drive-25
chery-tiggo-cross-test-drive-24
chery-tiggo-cross-test-drive-23
chery-tiggo-cross-test-drive-22
chery-tiggo-cross-test-drive-21
chery-tiggo-cross-test-drive-20
chery-tiggo-cross-test-drive-19
chery-tiggo-cross-test-drive-18
chery-tiggo-cross-test-drive-17
chery-tiggo-cross-test-drive-16
chery-tiggo-cross-test-drive-15
chery-tiggo-cross-test-drive-14
chery-tiggo-cross-test-drive-13
chery-tiggo-cross-test-drive-12
chery-tiggo-cross-test-drive-11
chery-tiggo-cross-test-drive-10
chery-tiggo-cross-test-drive-9
chery-tiggo-cross-test-drive-8
chery-tiggo-cross-test-drive-7
chery-tiggo-cross-test-drive-6
chery-tiggo-cross-test-drive-5
chery-tiggo-cross-test-drive-4
chery-tiggo-cross-test-drive-3
chery-tiggo-cross-test-drive-2
chery-tiggo-cross-test-drive-1

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji Tagged With: Auto Terkini, Chery Malaysia, Chery Super Hybrid (CSH), Chery Tiggo Cross, Kenderaan Hibrid, Pandu uji

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
    #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?

PANDU UJI

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Tanpa Isi Minyak?

BARU beberapa bulan dilancarkan, Chery Tiggo Cross - SUV segmen A+ … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev