Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»PANDU UJI: Hyundai i40 Tourer Sport (2014)
Pandu Uji

PANDU UJI: Hyundai i40 Tourer Sport (2014)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/05/2014
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

P1190540

SERONOK balik kampung bersama kekasih baru. Lebih seronok kerana selain kawan baru, memandu pula kereta baru. Itulah perasaan saya sewaktu memandu uji Hyundai i40 Tourer Sport ke kampung tempoh hari. Saat pertama kali bertemu di Pameran Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) tahun lalu, saya akui sudah jatuh cinta kepadanya.

Sejujurnya, saya terpikat dengan rekabentuk wagon ini. Perghh, meleleh air liur dibuatnya, tetapi tidaklah sampai terbawa dalam tidur. Lihat saja setiap sudut, tiada cacat cela kerana rekaannya cukup sempurna, terutama dari pandangan sisi dan belakang.

LUARAN: Rekaan Menggiurkan

Pengenalan i40 dalam segmen-D atau saiz pertengahan ini menampilkan rekabentuk sporty lebih menawan di samping prestasi ditawarkan setanding kelasnya. Jika diperhatikan teliti, rekabentuk i40 Tourer Sport seakan sama dengan abangnya, Sonata. Maklumlah, kedua-dua model itu berkongsi platform yang sama.

Sama seperti model Sonata, i40 Tourer Sport mengetengahkan falsafah Arca Bendalir (Fluid Sculpture) menerusi garisan dinamik dan sofistikated pada rekabentuk. Konsep rekabentuk ini dinamakan Kraf Angin (Wind Craft) yang secara lateral merujuk kepada sebentuk arca yang diukir daripada angin.

P1190564   P1190503

P1190499   P1190501

Bahagian hadapan menyerlahkan gril hexagon sporty yang selari dengan ciri-ciri unik dan terkini Hyundai. Beralih pandangan ke belakang, i40 Tourer Sport didatangkan dengan karakter lampu LED ringkas, tetapi elegan dan mudah memikat mana-mana mata untuk memandang lebih dekat.

Di mana saya berhenti, memang bukan sedikit anak muda berkerumun mengelilingi ini. Masing-masing tertarik dengan lekuk badan i40 Tourer Sport, ibarat gadis kampung baru naik mandi dari sungai sambil berkemban kain basahan – sungguh menggiurkan.

DALAMAN: Rekaan Ergonomik

Material keseluruhan kabin memang berkualiti dengan rekaan ergonomik. Tiada apa yang kurang kerana segalanya nampak sempurna. Didatangkan dengan butang penghidup, susun atur ruangan papan pemuka menarik dan teratur. Pengguna dengan mudah dapat mencapai dan menghidupkan penghawa dingin dan pemain audio kerana semua butang tertumpu di tengah.

Selain itu, bumbung suria, kawalan jelajah automatik (auto cruise) dan kamera undur turut menghiasi ruangan dalaman jentera ini. Cuma pelik apabila butang ‘Sport’ diletakkan di sebelah kiri penumpang hadapan dan bukan di bahagian pemandu. Sayang sekali kerana butang itu sukar digunakan ketika sedang ghairah memecut.

P1190606

P1190602  P1190546  P1190573  P1190567

P1190523

PRESTASI: Responsif

Di sebalik bonet hadapan, i40 Tourer dijana ‘jantung’ NU 2.0L GDi bersama transmisi automatik 6-kelajuan yang mampu menjana kuasa maksimum 175hp@6,500rpm dan tork 213Nm (4,700rpm). Sepanjang sesi pandu uji, boleh dikatakan tahap kesenyapan kabin begitu mengagumkan walaupun ketika memandu laju.

Atas laluan lurus, jentera ini tidak menghadapi banyak masalah menerkam ke hadapan. Mencecah kelajuan 200 kmj langsung tiada halangan kerana wagon ini mampu mencapainya tanpa perlu bekerja keras, terutama ketika ingin memotong kenderaan lain. Tindak balas enjin cukup responsif. Anjakan pantas gear membuatkan jentera ini mampu melakukan apa saja diperlukan. Pertukaran gear lancar dan senyap walaupun pedal minyak ditekan agresif.

P1190519

P1190525  P1190504  P1190520  P1190514

KESIMPULAN

Saya yakin kehadiran i40 Tourer Sport mampu memenuhi kehendak pengguna yang sentiasa mahukan kelainan. Rekaan menggiurkan secara automatik mencetuskan minat untuk memastikan jentera ini dalam genggaman. Ibarat memilih teman hidup. Lelaki akan memilih wanita cantik dan seksi, manakala perempuan mencari jejaka tampan dan macho untuk dijadikan teman hidup. Betul atau tidak, tepuk dada tanya selera. – Gan Yong Li

P1190516

SPESIFIKASI
ENJIN NU 2.0L GDi
TRANSMISI Automatik 6-kelajuan
KUASA MAKSIMUM 175hp@6,500rpm
TORK MAKSIMUM 213Nm@4,700rpm
CIRI 9 beg udara, ABS, VSM, ESP, BAS dan HAC
HARGA RM178,903.30 (Tourer) / RM184,859.30 (Tourer Sport)

hyundai Hyundai i40 Hyundai-Sime Darby Motors i40 Tourer Sport KLIMS
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km
Pandu Uji

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

06/01/2026
Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

16/12/2025
Hyundai Crater Concept
Roda4

SUV Konsep Hyundai Crater Concept Tayang di LA, Mahu Lawan Jip Lasak Amerika?

24/11/2025
Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025
Pandu Uji

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar ‘Hype’?

18/11/2025
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.