Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) Kembali di MITEC pada 12-21 Jun 2026
Auto Terkini

Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) Kembali di MITEC pada 12-21 Jun 2026

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam17/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kuala Lumpur Internatiional Mobility Show (KLIMS) 2026
PAMERAN Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) bakal kembali pada tahun depan pada tarikh 12 hingga 21 Jun 2026, bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Selepas kejayaan anjuran edisi terdahulu pada Disember 2024, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengumumkan KLIMS akan diteruskan secara berselang tahun dengan Malaysia Auto Show (MAS), sekali gus peminat automotif tempatan boleh menjangka sekurang-kurangnya satu pameran automotif besar setiap tahun.

KLIMS Fokus Pendekatan Tradisional

Presiden MAA, Mohd Shamsor Mohd Zain

KLIMS kekal sebagai pameran dengan pendekatan tradisional yang menumpukan kepada pelancaran model baharu, pameran kereta konsep dan jenama utama dunia.

Ini berbeza MAS yang lebih bersifat jualan, yang mana pelanggan boleh membuat tempahan dan menjalani sesi pandu uji. Namun, KLIMS 2026 dijangka membawa beberapa pembaharuan termasuk elemen interaktif seperti sesi pandu uji, bergantung penglibatan jenama automotif.

Perodua eMO II di KLIMS 2024
Perodua eMO II di KLIMS 2024

Kami telah menerima petunjuk bahawa jenama yang tidak menyertai edisi lepas juga merancang untuk kembali tahun depan.

“Kami harap KLIMS kali ini akan lebih meriah dan berimpak.” – Mohd Shamsor Mohd Zain, Presiden MAA

Persediaan KLIMS Lebih Terperinci

Hona e:N1

MAA juga berjanji memperbaiki beberapa aspek penting yang kurang memuaskan tahun lalu, termasuk kemudahan untuk petugas media. Kekangan masa dan kesan pasca pandemik Covid-19 yang menyebabkan edisi sebelum ini berlangsung dalam tempoh persediaan singkat selepas berehat hampir enam tahun.

“Kali ini, kami ada lebih banyak masa untuk merancang. Maka kami akan pastikan lebih banyak aktiviti, kemudahan dan pengalaman berkualiti disediakan untuk pengunjung serta pemain industri,” kata Mohd Shamsor.

KLIMS terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh ekosistem automotif Malaysia, dan edisi 2026 dijangka menjadi titik tumpu utama untuk pendedahan teknologi baharu, hala tuju mobiliti masa depan serta pencapaian industri.

Auto Terkini KLIMS 2026 Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 MAA
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Auto Terkini

    Harga Minyak Global Turun, Harapan Diplomatik Redakan Ketegangan Asia Barat

    25/03/2026
    Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
    Auto Terkini

    MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

    By Han Othman06/02/20192
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Autotainment

    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?

    By ZY22/07/201914
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.