Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pakar: Tol Patut Naik 2-3 Kali Ganda untuk Dana Pengangkutan Awam, Elak KL Sesak!
Auto Terkini

Pakar: Tol Patut Naik 2-3 Kali Ganda untuk Dana Pengangkutan Awam, Elak KL Sesak!

Han OthmanBy Han Othman06/11/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KADAR tol patut dinaikkan dua atau tiga kali ganda berbanding kadar sedia ada bagi mengelak pengguna yang bekerja di pusat bandar Kuala Lumpur berterusan menggunakan kereta sendiri, gesa perunding pengangkutan, Rosli Azad Khan dipetik FreeMalaysiaToday.

Justeru wang tol yang dikutip daripada pemandu kenderaan persekutuan itu dapat digunakan untuk menaik taraf pengangkutan awam, katanya.

Kajian Pusat Tadbir Urus Tadbir dan Pengajian Politik mendedahkan lebih 87 peratus rakyat Malaysia yang bekerja di pusat perniagaan Kuala Lumpur memilih untuk memandu kenderaan sendiri ke tempat kerja, sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk.

Apa yang disarankan, kadar tol harus dikekalkan dan subsidi petrol ditamatkan supaya lebih ramai rakyat cenderung menggunakan pengangkutan awam dan berkongsi kereta.

Menurut Rosli, satu tindakan diperlukan mengatasi kekurangan akses, kesambungan dan masa perjalanan yang panjang bagi pengangkutan awam. Malah, Malaysia terkebelakang berbanding negara Asia seperti Singapura dan Jepun dalam penggunaan pengangkutan awam.

BACA >>> Widad Betul-Betul Nak Beli PLUS, Naikkan Tawaran RM5.3 Bilion!

CUMA 15-18 PERATUS GUNA PENGANGKUTAN AWAM

Kajian menunjukkan cuma 15-18 peratus rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam, berbanding 82-85 peratus menggunakan kenderaan persendirian.

Sebagai perbandingan, Singapura memiliki pengguna pengangkutan awam tertinggi, iaitu hampir 70 peratus rakyat menggunakan pengangkutan awam dan 30 peratus kenderaan sendiri. Tokyo 65:35 peratus dan London 62:38 peratus.

Rosli berkata, perkhidmatan pengangkutan awam perlu dijadikan lebih mampu digunakan, terutama mereka yang menggunakan kemudahan parkir dan menunggang motosikal.

“Parkir dan menunggang harus digalakkan dan mereka yang menggunakan pengangkutan awam harus dikenakan caj parkir yang rendah di stesen pengangkutan awam,” katanya.

BACA >>> #Bajet2020: 4 Lebuh Raya Tol Percuma Waktu Bukan Puncak, Caj Kesesakan Waktu Puncak!

GALAKKAN GUNA PENGANGKUTAN AWAM

Presiden Gerakan Pengguna Malaysia, Darshan Singh Dhillon juga sependapat dengan Rosli.

“Kerajaan mesti terus memperbaiki infrastruktur pengangkutan awam untuk mencapai lebih banyak kawasan dan menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Kita hidup dalam iklim tropika dan ia boleh menjadi sangat panas pada waktu petang untuk berjalan ke destinasi mereka,” katanya.

Mengenai berkongsi kereta, menurut Darshan, cadangan itu menyusahkan sesetengah orang kerana persekitaran kerja dan keluarga yang berbeza dan membuatkan ramai tidak berminat.

“Sesetengah mungkin bekerja lebih masa dan sesetengahnya mungkin mempunyai komitmen keluarga yang berbeza, oleh itu memandu kenderaan sendiri sesuai dengan kemudahan mereka.

“Saya lebih suka menggunakan pengangkutan awam semasa menghadiri mesyuarat di bandar, tetapi saya perlu menggunakan kenderaan saya sendiri bila ke tempat kerja kerana tiada perkhidmatan pengangkutan awam,” katanya merujuk kepada tempat kerjanya di Kepong yang tiada sambungan KTM, manakala MRT masih dalam pembinaan.

BACA >>> Tun M Beri Sebab Kenapa Tol Tak Boleh Dihapuskan

Auto Terkini Darshan Singh Dhillon pengangkutan awam Rosli Azad Khan
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026

1 Comment

  1. amin on 15/11/2019 19:11

    sokong cadangan ni. tapi jaringan infrastructures pengangkutan awam kita jauh ketinggalan berbanding negara2 yang disebutkan. saya pernah berada di jepun, london, dan singapura dan terdapat perbezaan yang ketara untuk diterjemahkan di negara kita. apapun harap ada penyelesaian daripada pakar

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.