• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pagi Bantu Mangsa Kemalangan, Petang Maut Kemalangan

Pagi Bantu Mangsa Kemalangan, Petang Maut Kemalangan

July 29, 2022 By Farah Leave a Comment

99
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG remaja maut apabila Honda Wave ditunggang bertembung sebuah Proton Saga di Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik, Baling, semalam.

Dalam insiden kira-kira jam 6.28 petang semalam, mangsa, Muhammad Hafiz Razali, 19, parah sebelum dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut cerita ibu saudara mangsa, Zulaika Ramli, 37, pada pagi sebelum nahas, Muhammad Hafiz ada membantu mangsa kemalangan berhampiran rumahnya di Kampung Banggol Lada. Dia dan arwah dalam perjalanan ke pasar tani kira-kira jam 11 pagi.

Kami membantu mangsa kemalangan itu hingga ke Hospital Daerah Baling.

"Namun, pada sebelah petang saya terkejut apabila dimaklumkan anak saudara saya meninggal dunia akibat kemalangan," katanya.

Menurut polis, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal mangsa hilang kawalan hingga memasuki laluan bertentangan dan bertembung Saga tersebut. Impak rempuhan menyebabkan mangsa parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta dan empat penumpang tidak cedera.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Daerah Kulim untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA>>> Terlelap Ketika Masuk Lorong RFID Punca Kemalangan 6 Kenderaan di Tol Sungai Petani
BACA>>> Tertekan Pedal, Pemandu Saga Rempuh Kedai Serbaneka Stesen Minyak

SUMBER: Kosmo

Artikel Berkaitan

99
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bantu mangsa kemalangan, Honda Wave, kemalangan maut, kemalangan motosikal, remaja kemalangan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
    Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
  • Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
    Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
  • Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
    Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
  • Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
    Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my