• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Padok MotoGP Bukan Kawasan Rondaan Polis, Tiga Pengawal Keselamatan Disiasat

Padok MotoGP Bukan Kawasan Rondaan Polis, Tiga Pengawal Keselamatan Disiasat

November 5, 2019 By Aryon Leave a Comment

238
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAN padok yang dipercayai berlaku insiden kecurian pada Kejuaraan Dunia MotoGP Malaysia, hujung minggu lalu adalah di bawah tanggungjawab Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan bukan kawasan rondaan polis, beritahu Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), ACP Zulkifli Adamshah, dipetik Bernama.

“Ketika acara berlangsung, kawasan padok di bawah SIC dan SIC perlu melantik syarikat keselamatan khusus bagi mengawal keadaan sebagaimana ditetapkan penganjur MotoGP. Sebab itu, untuk masuk ke kawasan itu, perlu ada pas khas dikeluarkan SIC,” katanya.

BACA >>> Khemah Pasukan Moto3, Moto2 di Sepang Kena Pecah Masuk, Rugi Sampai RM233k!

Dalam pada itu, polis menahan tiga pengawal keselamatan di SIC bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian komponen dan barangan beberapa pasukan lumba pada MotoGP Malaysia, minggu lalu.

Zulkifli berkata, tiga lelaki tempatan berusia antara 20-30 tahun ditahan pada kira-kira jam 1 pagi kelmarin (02/11).

“Mereka ditahan ketika dipanggil ke IPD KLIA semalam, dan polis mendapat perintah reman untuk menahan mereka selama tiga hari hingga Rabu ini (6 November),” katanya.

SIC kecoh dengan insiden kecurian melibatkan beberapa pasukan yang dipercayai berlaku awal pagi Jumaat lalu, antara jam 1 hingga 5 pagi. Pasukan yang menanggung kerugian terbesar ialah Angel Nieto yang kehilangan beberapa alat ganti seperti tayar depan, set lengkap absorber dan brek untuk jentera kelas Moto2 dan Moto3.

BACA >>> Yamaha 135LC Paling Banyak Dicuri Sepanjang 2018

Artikel Berkaitan

238
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Angel Nieto, Auto Terkini, GP Malaysia, Kecurian MotoGP, MotoGP, MotoGP 2019, MotoGP Malaysia, Zulkifli Adamshah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition (2023) Tiba di Malaysia, Harga Mula RM81k!
    Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition (2023) Tiba di Malaysia, Harga Mula RM81k!
  • Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
    Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
  • Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran
    Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran
  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my