Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Orang Ramai Kini Boleh Kongsi Cukai Jalan Digital Guna Aplikasi MyJPJ
Auto Terkini

Orang Ramai Kini Boleh Kongsi Cukai Jalan Digital Guna Aplikasi MyJPJ

FikriBy Fikri05/01/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pemilik kenderaan bermotor kini boleh berkongsi cukai jalan digital (e-LKM) menggunakan fungsi baharu, dinamakan ‘Kongsi LKM’ dalam aplikasi MyJPJ.

Beliau berkata, dengan fungsi baharu itu, pemilik kenderaan boleh berkongsi e-LKM dengan ahli keluarga, rakan atau individu lain dengan kebenaran untuk memandu kenderaan.

Pemilik kenderaan hanya perlu klik pada nombor plat kenderaan terbabit, dan kemudian klik butang ‘Kongsi LKM’ untuk berkongsi e-LKM dengan individu lain.

“Fungsi ini juga mempunyai had masa perkongsian yang boleh ditetapkan pemilik kenderaan dan mempunyai kod pengaktifan yang perlu diberikan kepada penerima e-LKM untuk mengaktifkan perkongsian tersebut.

Sistem juga akan memadam rekod perkongsian secara automatik jika tidak diaktifkan dalam tempoh 24 jam.

Menurut Loke, fungsi baharu aplikasi MyJPJ itu dipasang bagi menyelesaikan masalah dihadapi mereka yang memandu kenderaan dipinjam.

Sebelum ini orang ramai dibenarkan mencetak e-LKM, tetapi memandangkan pelbagai isu timbul, penambahbaikan dilakukan bagi memudahkan pengguna.”

Loke berkata, Kementerian juga akan memperkenalkan kertas keselamatan bagi menggantikan pelekat lesen kenderaan dan lesen memandu fizikal (LMM).

Berdasarkan dapatan kajian dan analisis statistik dijalankan pada 2023, JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) mendapati terdapat peningkatan dalam bilangan pemandu dan pemilik kenderaan yang memilih pendigitalan, melibatkan 7.5 juta pengguna.

“Bagaimanapun, mereka yang masih belum bersedia masih boleh memilih LKM fizikal dan LMM dalam tempoh pendigitalan interim pada 2024, dan dalam tempoh ini, JPJ akan mengeluarkan LKM dan LMM fizikal dalam bentuk baharu dan standard dalam bentuk kertas keselamatan sahaja.

Menurutnya, LKM baharu itu tidak perlu dilekatkan atau dipamerkan pada cermin kenderaan seperti dikehendaki Seksyen 20(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER : FBAnthonyLokeSiewFook 

Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Cukai Jalan Digital e-LKM lesen digital Lesen Kenderaan Motor (LKM) Lesen Kenderaan Motor Digital
Fikri

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

    27/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.