Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Op PUU 2025: Polis KL Keluar 16,968 Saman Lalu Lintas
Auto Terkini

Op PUU 2025: Polis KL Keluar 16,968 Saman Lalu Lintas

SyafieBy Syafie07/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Diskaun saman MADANI

POLIS Kuala Lumpur mengeluarkan 16,968 saman lalu lintas sepanjang pelaksanaan Operasi Pematuhan Undang-Undang (Op PUU) 2025 yang bermula sejak Rabu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, saman paling tinggi dikeluarkan adalah berkaitan halangan lalu lintas dengan jumlah 11,720 saman.

Kesalahan Paling Tinggi Dicatatkan

Selain halangan lalu lintas, antara kesalahan lain direkodkan adalah:

  • Mengabaikan lampu isyarat – 2,036 saman
  • Tiada atau tamat tempoh lesen memandu – 702 saman
  • Tidak ikut jejantas/lintasan pejalan kaki – 381 saman
  • Nombor pendaftaran kotor/kabur/’fancy’ (mengelirukan) – 374 saman
  • Tidak berhenti di lampu isyarat – 148 saman
  • Tidak memakai topi keledar/tidak dipasang dengan kemas – 135 saman
  • Ubah suai kenderaan – 80 saman
  • Berhenti melebihi garisan putih – 75 saman
  • Guna telefon bimbit semasa memandu – 70 saman
  • Tidak pakai tali pinggang keledar – 93 saman
  • Berhenti di petak kuning – 95 saman
  • Memotong barisan atau di garisan berkembar – 2 saman

Pemandu Kereta Paling Ramai Disaman

Daripada jumlah keseluruhan saman dikeluarkan, 13,365 saman melibatkan pemandu kereta, manakala, penunggang motosikal menerima 2,813 saman.

Bagi kategori lain pula:

  • Pejalan kaki – 381 saman
  • Van, pacuan empat roda dan SUV – 200 saman
  • Lori – 141 saman
  • Teksi – 62 saman
  • Bas – 6 saman

Tiada Lagi Toleransi Selepas Tempoh Advokasi

Fadil berkata, Op PUU itu dilaksanakan selepas pihak polis memberi tempoh advokasi bermula 6 hingga 30 September lalu, bagi memberi kesedaran dan nasihat kepada pengguna jalan raya.

Masyarakat perlu mengubah sikap pentingkan diri di jalan raya. Selepas tempoh advokasi diberikan, kini tiada lagi toleransi untuk mereka yang masih ingkar undang-undang lalu lintas.”

Fokus Awal di Kawasan Tumpuan Bandar

Op PUU sebelum ini dilaksanakan di lokasi tumpuan utama seperti Pavilion, KLCC, Lot 10, Sogo dan Jalan Sultan Ismail., dan kemudian diperluas ke seluruh ibu kota.

Penguatkuasaan itu turut membabitkan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut Fadil, operasi akan diteruskan sepanjang tahun bagi memastikan Kuala Lumpur menjadi contoh bandar raya patuh undang-undang, seiring persediaan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026 dan penganjuran pelbagai acara antarabangsa.

Pengguna Jalan Raya Perlu Lebih Berdisiplin

Statistik saman dikeluarkan dalam Op PUU 2025 jelas menunjukkan masih ramai pengguna jalan raya di ibu kota culas mematuhi undang-undang.

Dengan penguatkuasaan tegas tanpa kompromi, langkah ini diharap mampu mendidik masyarakat agar lebih berdisiplin, sekali gus menjadikan Kuala Lumpur bandar raya lebih selamat, tersusun dan mesra pengguna.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Operasi Pematuhan Undang-Undang (Op PUU) 2025 Polis Kuala Lumpur Saman Lalu Lintas
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Jualan Proton e.MAS 5 Menurun Tapi Kekal Dalam 10 Model Paling Laris di Malaysia

11/03/2026
Auto Terkini

Jualan Perodua Hampir Cecah 50k Unit Dalam Tempoh Dua Bulan 2026

11/03/2026
Zeekr 7X lancar di Menara KL
Auto Terkini

Syarikat EV China Rancang Pemasangan Tempatan Di Malaysia

11/03/2026
Auto Terkini

Bezza Catat Jualan Paling Tinggi Februari 2026, Tapi Saga Masih ‘King’

11/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.