• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #ohMODENASku: Swafoto Paling Banyak Dapat Undian, Zaki Bawa Pulang CT115S!

#ohMODENASku: Swafoto Paling Banyak Dapat Undian, Zaki Bawa Pulang CT115S!

December 21, 2020 By AI 2 Comments

FacebookTwitter


TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Mohamad Zaki Mustafa Maarof diumumkan sebagai pemenang utama pertandingan #ohMODENASku yang membawa pulang sebuah motosikal CT115S bernilai RM4,988.

Menurut Mohamad Zaki, 21, dia hanya menyertai pertandingan itu seminggu sebelum tarikh akhir dengan menghantar gambar swafoto dirinya dengan Modenas 128 GT berserta kapsyen “Sangat berpuas hati menggunakan jentera GT128 sebab stabil apabila memotong kenderaan lain dan di selekoh. Terbaik MODENAS.”


Pertandingan #ohMODENASku diadakan di laman Facebook rasmi Modenas sempena ulang tahun ke-25 pengeluar itu dan  berlangsung selama lima minggu bermula 19 Oktober lalu dan itu merupakan kali pertama pengeluar motor tempatan tersebut menawarkan hadiah utama sebuah motor.

Seramai 225 peserta menyertai pertandingan #ohMODENASku yang mana peserta perlu menghantar swafoto menarik mereka bersama motosikal Modenas dengan kapsyen paling kreatif untuk meraih undian orang ramai. Mohamad Zaki  meraih 1,742 daripada 2,201 undian melalui gambarnya bersama motosikal GT128 di Litar Antarabangsa Sepang.

Menurutnya, model GT128  itu ialah motosikal yang diwarisi daripada bapanya dan diserahkan kepada abangnya sebelum diberikan kepada dia.

Kata Mohamad Zaki lagi, hadiah CT115S baharu itu akan digunakan sebagai motosikal untuk dia melakukan kerja sambilan penghantaran makanan.

BACA >>> 25 Tahun Modenas, Ini Tiga Model Terbaik dan Di Manakah Ahmad?
BACA >>> Pekerja Otai Kongsi Pengalaman Manis Sepanjang 25 Tahun Bersama Modenas

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: #ohMODENASku, autoterkini, Modenas, Modenas CT115S, peraduan

Comments

  1. lol says

    December 21, 2020 at 10:46 PM

    moto ni dah takde dalam website modenas, ingat dah stop production

    Reply
  2. Jan says

    December 24, 2020 at 11:22 AM

    stock saki baki je kot 😀

    Jadilah, janji motor free 😀

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • #FaktaAtauAuta: Betul Ke Transmisi CVT Teruk Sangat?
    #FaktaAtauAuta: Betul Ke Transmisi CVT Teruk Sangat?
  • #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
    #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my