Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»NKS Distributors Lancar Dua Peranti Interkom ASMAX, Empat Model Evangelion Edisi Terhad
Aksesori

NKS Distributors Lancar Dua Peranti Interkom ASMAX, Empat Model Evangelion Edisi Terhad

SyafieBy Syafie19/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Interkom ASMAX untuk penunggang

NKS Distributors Sdn Bhd (NKS Distributors) mencatatkan pencapaian penting selepas memasuki tahun ketiga sebagai pengedar eksklusif produk ASMAX di Malaysia dengan memperkenalkan dua model interkom baharu dan empat model edisi terhad Evangelion bagi 2026.

Sejak membawa masuk jenama ASMAX ke pasaran tempatan pada 2024, NKS Distributors konsisten membangunkan jenama itu dalam kalangan penunggang Malaysia dengan menekankan produk diperakui, sokongan selepas jualan berterusan dan pendidikan pengguna.

Tahun 2026 menandakan fasa baharu menerusi pelancaran:

  • ASMAX Future 1
  • ASMAX F1 Pro Max (model perdana)
  • ASMAX Future 1 x EVA R Edition (edisi terhad)

Perjalanan ASMAX di Malaysia: Tahun Ketiga, Terus Berkembang

Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, ASMAX semakin dikenali sebagai pengeluar peranti komunikasi penunggang yang seimbang dari segi prestasi, keselamatan dan nilai.

Pengguna ASMAX merangkumi penunggang harian, penunggang jarak jauh, kumpulan penunggang besar dan komuniti penunggang prestasi tinggi.

Pengenalan barisan produk 2026 mencerminkan komitmen ASMAX untuk terus berinovasi tanpa mengabaikan aspek kebolehcapaian, dengan pilihan sesuai untuk penunggang baharu atau berpengalaman.

i. ASMAX Future 1 – Interkom Serba Lengkap Generasi Baharu

Interkom ASMAX untuk penunggang

ASMAX Future 1 dibangunkan sebagai sistem komunikasi moden yang ringkas, stabil dan selamat untuk kegunaan harian. Ia sesuai untuk penunggang yang mahukan naik taraf praktikal tanpa ciri berlebihan.

Ciri Utama

  • Sambungan Bluetooth stabil untuk komunikasi penunggang-ke-penunggang
  • Kualiti audio jelas di dunia sebenar
  • Keserasian dengan telefon pintar dan peranti navigasi (GPS)
  • Teknologi pengurangan hingar
  • Hayat bateri tahan lama untuk tunggangan harian dan jelajah
  • Rekabentuk tahan cuaca, sesuai kondisi Malaysia
  • Produk diperakui untuk pasaran tempatan
  • Waranti dua tahun semua model

ii. ASMAX F1 Pro Max (RM1,099) – Model Perdana Tanpa Kompromi

Berada di puncak barisan, ASMAX F1 Pro Max ialah model perdana yang direka untuk penunggang yang menuntut prestasi maksimum, jarak komunikasi lebih jauh dan kualiti audio premium.

Ciri Utama

  • Mod ASMAX Cloudtalk dengan sokongan sehingga 50 penunggang dan jarak tanpa had
  • Kestabilan isyarat dipertingkat dalam persekitaran kompleks
  • Talaan audio premium untuk suara lebih jelas
  • Kapasiti bateri lebih besar bagi tunggangan seharian dan jarak jauh
  • Kualiti binaan lebih kemas dan eksklusif

iii. Edisi Terhad: ASMAX Future 1 x EVA R Edition

Menambah elemen eksklusiviti ialah ASMAX Future 1 x EVA R Edition, iaitu model edisi terhad, khas sempena meraikan perkembangan ASMAX dan hubungan dengan gaya hidup komuniti penunggang.

Keistimewaan Edisi EVA R

  • Rekabentuk eksklusif EVA R
  • Unit pengeluaran terhad untuk pasaran Malaysia
  • Diasaskan daripada platform ASMAX Future 1
  • Menyasarkan penunggang yang menghargai identiti dan nilai koleksi

Edisi itu bukan sekadar peranti komunikasi, sebaliknya melambangkan identiti, budaya dan gaya hidup penunggang.

Bengkel Future 1 2026 – Takong RacingLogo ASMAX

Sebagai sebahagian pengukuhan ekosistem pengguna, Takong Racing akan memulakan bengkel ASMAX Smart Communicator Future 1 2026 Workshops, bertujuan memberi pendedahan, latihan penggunaan dan kesedaran keselamatan kepada komuniti penunggang tempatan.

Dengan pelancaran produk baharu dan edisi terhad itu, ASMAX mengukuhkan lagi kedudukan sebagai jenama komunikasi motosikal yang relevan, praktikal dan berpaksikan penunggang di Malaysia.

Interkom ASMAX untuk penunggang
Interkom ASMAX untuk penunggang
Interkom ASMAX untuk penunggang
ASMAX Future 1
Interkom ASMAX untuk penunggang
Interkom ASMAX untuk penunggang
aksesori Asmax Future 1 Asmax Malaysia Interkom NKS Distributors Sdn Bhd
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Roda2

Model Edisi Khas Vespa 946 Horse Raikan Tahun Kuda

10/03/2026
Roda2

2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.