• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Z Lancar 17 Ogos Ini!

Nissan Z Lancar 17 Ogos Ini!

June 11, 2021 By Arif Leave a Comment

20
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN semalam mengumumkan akan melancarkan model Z versi pengeluaran terbaharu di New York, Amerika Syarikat (AS) pada 17 Ogos ini. 

Pengumuman ini dibuat selepas hampir setahun pengeluar automotif dari Jepun itu mendedahkan model konsep Z Proto. Supercar baharu itu kemungkinan besar mengekalkan sebahagian besar rekabentuk model konsep tersebut yang mengambil ilham 240Z dengan casis 370Z. 

BACA >>> Nissan Z Proto - Kereta Sport Bayangan Masa Depan Ilham Warisan Sejarah Lampau

Nissan Z Proto

Ramai menjangka model itu, yang digelar peminat sebagai 400Z, akan mengunakan trenkuasa V6 Twin-Turbo dengan transmisi manual dan pacuan roda belakang (RWD). Enjin digunakan pula mungkin berasaskan enjin Infiniti Q60 dengan angka kuasa hampir 400hp. 

Beberapa bulan lalu, bocor dua foto Z versi pengeluaran yang dirakamkan di sebuah gudang. Salah satunya ialah model kelabu metalik (atas kiri), sama seperti warna 350Z dan 370Z, serta didatangkan dalam transmisi automatik. Satu lagi perak yang menjadi warna asas model Z sejak Datsun 240Z, dengan sistem transmisi manual. 

BACA >>> #Spyshot: Bocor Imej Nissan 400Z Versi Pengeluaran!

Setakat ini, selain foto dan khabar angin berlegar di Internet, tiada perincian lanjut didedahkan Nissan mengenai model berkenaan. Hanya tarikh pelancaran saja diumumkan bersama foto acah tanpa sebarang petunjuk jelas. Sama-sama kita tunggu Ogos nanti untuk melihat sendiri rupa sebenar model dinanti-nanti peminat Nissan sejak sekian lama.

BACA >>> Nissan Z Generasi Baharu Guna Enjin 3.0L V6 Twin-Turbo V6?
BACA >>> #PanduUji: Nissan Navara (2021) Memang Betul-Betul Mother Trucker

SUMBER: RoadandTrack.com

20
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datsun 240z, Nissan, Nissan 370Z, nissan 400z, Nissan Z Proto, Roda4, Supercar, Supercar Nissan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
    Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my