• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Serena e-POWER Tayang di Malaysia, Bakal Lancar Tahun Depan?

Nissan Serena e-POWER Tayang di Malaysia, Bakal Lancar Tahun Depan?

December 5, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Nissan Serena C28 e-POWER

WAKIL pengedar rasmi kenderaan Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) memperkenalkan kenderaan pelbagai guna (MPV) 7-kerusi, Nissan Serena e-POWER generasi baharu dengan teknologi 100 peratus pacuan motor elektrik tanpa perlu cas sebagai antara pilihan paling menarik dalam segmen MPV famili.

Menggunakan konsep 'Big, Easy and Fun', Nissan Serena e-POWER direka untuk memberikan ruang besar, kemudahan penggunaan maksimum dan pengalaman pemanduan selesa yang mampu mengurangkan rasa mabuk perjalanan, sesuatu yang jarang diberi fokus dalam pembangunan MPV.

e-POWER: Pandu Macam EV, Isi Minyak Macam Biasa

Nissan Serena C28 e-POWER
Nissan Serena C28 e-POWER

Keunikan Nissan Serena e-POWER terletak pada teknologi generasi kedua trenkuasa  e-POWER, dengan cara kerja ringkas:

  • Enjin petrol tidak memacu roda
  • Enjin hanya bertugas sebagai generator untuk menjana elektrik
  • Roda digerakkan sepenuhnya motor elektrik

Hasilnya, pemandu mendapat fiil pemanduan sama seperti kereta elektrik sebenar:

  • Pecutan segera (instant torque)
  • Pemanduan senyap dan ultra lancar
  • Tiada gear atau CVT (rubber-band effect)

Sistem pemanduan e-POWER generasi baharu pada Serena C28 itu terdiri daripada:

Motor Elektrik Utama

  • Output kuasa 163ps dan tork 315Nm

Enjin Petrol

  • Enjin HR14DDe 3-silinder 1.4L suntikan terus (DI)
  • Dilengkapi teknologi Salutan Mirror Bore, iaitu salutan silinder ultra-licin yang berfungsi
    • Mengurangkan geseran
    • Meningkatkan kecekapan
    • Operasi lebih senyap dan rendah getaran

Bateri Litium-Ion

  • Kapasiti 1.769 kWh (kompak)
  • Berfungsi menyimpan tenaga daripada enjin dan brek regeneratif

Rekabentuk Luaran: Futuristik, Aerodinamik

Nissan Serena C28 e-POWER
Nissan Serena C28 e-POWER

Nissan Serena e-POWER tampil dengan rekabentuk moden agresif yang menonjolkan identiti MPV premium menerusi:

  • Gril V-motion besar
  • Lampu utama 3-projektor LED
Nissan Serena C28 e-POWER
Nissan Serena C28 e-POWER
  • Lampu signal belok LED
  • Lampu kabus LED
  • Tirai udara aerodinamik
Nissan Serena C28 e-POWER
Nissan Serena C28 e-POWER
  • Lampu belakang Boomerang
  • Rekabentuk bampar depan dan belakang aerodinamik
  • Rim aloi 16 inci

Keseluruhan rekabentuk menyerlahkan gaya futuristik, seperti gabungan antara kenderaan utiliti sukan (SUV) moden dan MPV mewah.

Keselamatan: 360° Nissan Safety Shield

Nissan Serena e-POWER hadir dengan pakej keselamatan aktif lengkap seperti:

  • Brek Kecemasan Pintar (IEB)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Amaran Tukar Lorong (LDW) dan Cegah Tukar Lorong (IDW)
  • Amaran Titik Buta (BSW)  dan Cegah Titik Buta (BSI)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Monitor Pandan Keliling Pintar  (IAVM) 360°
  • Pengesan Objek Bergerak (MOD)
  • Amaran Kelesuan Pemandu (DAW)
  • Bantuan Lampu Suluh Tinggi (HBA)

Nissan ProPILOT - Bantuan Pemanduan Lebuhraya

Teknologi ProPILOT membantu mengurangkan keletihan pemandu di lebuh raya:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Cegah Titik Buta (BSI)

Sistem itu membolehkan pemandu:

  • Mengekalkan kenderaan di tengah lorong
  • Mengekalkan kelajuan dan jarak selamat
  • Membantu membrek dan memecut secara automatik

Varian, Warna

Nissan Serena C28 e-POWER

ETCM mendakwa, MPV itu hanya akan dijual dalam satu pilihan varian, iaitu model C28 atau Nissan Serena e-POWER Premium Highway Star dalam empat warna pilihan seperti:

Satu Tona

  • Diamond Black (hitam)

Dwi-Tona

  • Turquoise Blue (turkuois) + bumbung hitam
  • Brilliant White (putih) + bumbung hitam
  • Dark Metal Grey (kelabu) + bumbung hitam

Sesuai untuk Siapa?

Nissan Serena e-POWER sesuai untuk:

  • Keluarga besar
  • Pemandu ulang-alik harian
  • Pengguna yang mahu merasakan pemanduan EV tanpa perlu mengecas
  • Pemilik MPV yang mahukan kesenyapan dan penjimatan maksimum
  • Mereka yang kerap memandu jauh

Bukan Sekadar Hibrid, Ada Keunikan Tersendiri

Nissan Serena e-POWER bukan sekadar MPV biasa, tetapi memperkenalkan konsep unik 'fiil pemanduan EV sepenuhnya, tanpa bergantung kepada pengecas'.

Dengan kabin luas, sistem keselamatan lengkap, keselesaan premium dan penggunaan bahan api sangat menjimatkan, Serena e-POWER kini tampil sebagai antara MPV paling teknikal dan praktikal dalam pasaran Malaysia.

Nissan Serena C27 Hybrid
Nissan Serena C27 Hybrid
Nissan Serena C27 Hybrid
Nissan Serena C27 Hybrid
Nissan Serena C27 Hybrid
Nissan Serena C27 Hybrid
Nissan Serena C28 e-POWER
Nissan Serena C28 e-POWER
Nissan Serena C28 e-POWER
Nissan Serena C28 e-POWER
Nissan Serena C28 e-POWER
Nissan Serena C28 e-POWER
Nissan Serena C28 e-POWER
Nissan Serena C28 e-POWER
Nissan Serena C28 e-POWER
Nissan Serena C28 e-POWER
Nissan Serena C28 e-POWER
Nissan Serena C28 e-POWER
Nissan Serena C28 e-POWER
Nissan Serena C28 e-POWER

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, e-POWER, Edaran Tan Chong Motor (ETCM), Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), Nissan Malaysia, Nissan Serena e-POWER, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my