
Berbeza daripada pasaran lain, Nissan pada masa sekarang tidak mempunyai rangkaian kuasa hibrid di Amerika Syarikat kecuali beberapa model seperti Rogue, Murano dan Pathfinder Hybrid bertahun sebelum ni.
Satu yang aneh apabila Nissan menawarkannya di pasaran lain dan Amerika merupakan pasaran yang penting dan besar.
Tanpa hibrid, Nissan ketinggalan berbanding pesaing Jepun lain seperti Toyota dan Honda.

Kini tidak lagi dan Nissan tampil dengan Rogue Plug-in Hybrid (PHEV) yang juga model hibrid plug-in pertama yang ditawarkan oleh jenama itu di Amerika Syarikat
SUV ini direka bagi memenuhi keperluan keluarga moden dengan menawarkan jarak elektrik dengan anggaran sejauh 61 kilometer (km) untuk urusan harian.
Rangkaian kuasa hibrid pula menawarkan jarak sehingga 676 km (EPA) dengan kuasa elektrik dan enjin petrol.

Sebelum itu, jika ada yang merasa Rogue Plug-in Hybrid sama seperti sebuah lagi model Jepun, jawapannya betul kerana model ini dijenamakan dari Mitsubishi Outlander yang juga ditawarkan di Amerika Syarikat.
Pengenalan Rogue Plug-in Hybrid adalah langkah penting dalam hala tuju elektrifikasi Nissan.
Model baharu ini akan ditawarkan dalam dua varian yang serba lengkap, iaitu SL dan Platinum dan dijangka tiba di pengedar Nissan Amerika Syarikat pada awal tahun 2026.
Rangkaian Kuasa dan Keupayaan Pemanduan

Rogue Plug-in Hybrid 2026 baharu ini dikuasakan oleh gabungan dua motor elektrik, pek bateri litium-ion 20 kWj dan enjin petrol 2.4 liter.
Secara spesifik, enjin petrol empat silinder sebaris 2.4 liter (nama kod MMC 4B12) menghasilkan 131 hp dan 195 Nm.
Rangkaian kuasa ini disokong oleh dua motor elektrik, motor hadapan menghasilkan 114 hp dan 255Nm tork, manakala motor belakang menghasilkan 134 hp dan 195Nm tork.

Secara gabungan, output keseluruhan sistem Rogue PHEV ini adalah 248 hp dan 450Nm tork, membolehkan pecutan yang lebih pantas berbanding Rogue standard.
Kuasa dihantar melalui sistem Pacuan Semua Roda Pintar (AWD) standard.
Kedua-dua motor menggunakan transmisi kotak gear pengurangan satu kelajuan, dengan transmisi hadapan boleh ditukar mod pacuan.
Pengecasan dan Ekonomi Bahan Api

- Jarak Pemanduan Elektrik: Anggaran 61 km.
- Jarak Pemanduan ICE + Elektrik: Anggaran 676 km.
- Masa Pengecasan (Pengecas Onboard 3.5 kW):
- Tahap 2: Anggaran 7.5 jam.
- 120V: Anggaran 16 jam.
- Penggunaan Bahan Api (Petrol + Elektrik Gabungan): 64 MPGe (Miles Per Gallon equivalent, bersamaan kira-kira 27.2 kilometer per liter).
- Penggunaan Bahan Api (Petrol Sahaja Gabungan): 26 batu per gelen (mpg) (bersamaan kira-kira 9.05 liter per 100 km atau 11.05 km/l).
Sistem Pemanduan dan Kawalan

- Mod Pemanduan: EV, Save, atau Charge untuk mengimbangi penggunaan bateri atau enjin petrol.
- Pemilih Mod Pacuan 7-Mod: Normal, Power, Eco, Tarmac, Gravel, Snow dan Mud.
- Brek Penjanaan Semula: Dua tahap tersedia, termasuk fungsi pemanduan satu pedal e-Step.
- Bantuan Pemanduan Standard: Kawalan Had Gelincir (ABLS) 2-roda atau 4-roda, Bantuan Mula Mendaki (Hill Start Assist) dan Kawalan Menurun Bukit (Hill Descent Control).
Teknologi Dalaman dan Kesambungan
Rogue PHEV dilengkapi dengan pakej teknologi yang bersepadu:
Paparan:

- Skrin Sentuh 9-inci (standard) dengan Apple CarPlay® tanpa wayar dan Android Auto™ berwayar.
- Paparan Pemandu 12.3-inci yang boleh dikonfigurasi semula (standard).
- Paparan Head-Up (HUD) 10-inci (gred Platinum).
Sistem Audio: Sistem audio premium Bose® Sembilan Pembesar Suara (gred Platinum).
Pengecasan Peranti:
- Pengecas telefon tanpa wayar standard.
- Empat port USB (dua depan: 1 USB-A, 1 USB-C; dua belakang: 1 USB-A, 1 USB-C).
Outlet Kuasa (Platinum Sahaja): Sepasang outlet kuasa 120-volt, 1,500-watt (satu di but, satu di belakang) untuk perkakas elektrik kecil.
Reka Bentuk dan Gred

Reka bentuk Rogue PHEV mirip Outlander kecuali rekaan jeriji yang tersendiri.
- Luaran: Roda 20-inci warna gelap, penutup cermin hitam, kemasan luaran hitam dan pencahayaan luaran semua-LED.
- Dalaman: Bahan sentuhan lembut, kawalan fizikal yang mudah dioperasikan, dan tuas syif elektrik.
- Ciri Gred SL (Standard): Paparan pemandu 12.3-inci, skrin sentuh 9-inci, lampu kabus LED, tempat duduk hadapan dan stereng kulit dengan pemanas.
- Ciri Gred Platinum (Tambahan): Paparan head-up 10-inci, sistem bunyi Bose® sembilan pembesar suara, bumbung matahari panoramik kuasa, tempat duduk belakang dengan pemanas, tempat duduk kulit, tirai matahari pull-up pintu belakang, dua output kuasa 120-volt, stereng dengan pemanas dan rel bumbung hitam berkilat.
Dimensi Luaran (mm):
- Jarak Roda: 2,705 mm.
- Panjang Keseluruhan: 4,709 mm.
- Lebar Keseluruhan (cermin dilipat): 1,915 mm.
- Ketinggian Keseluruhan: 1,740 mm.
- Kelegaan Tanah Minimum: 201 mm.
- Berat (Curb): SL (2,120 kg), Platinum (2,155 kg).
Reka Bentuk Dalaman, Ruang dan Fleksibiliti

Rogue PHEV 2026 direka untuk perjalanan jauh dan keluarga, menawarkan ruang yang fleksibel:
- Tempat Duduk: Tiga baris tempat duduk, tujuh penumpang.
- Baris Kedua: Boleh meluncur, berbaring, dan mudah dilipat ke hadapan untuk akses baris ketiga.
- Kapasiti Kargo:
- Di belakang baris ketiga: 362 liter.
- Baris ketiga dilipat: 872 liter.
- Baris kedua dilipat: 1,832 liter.
- Boleh memuatkan objek sehingga 2,032 mm panjang di belakang tempat duduk hadapan.
- Akses: Pintu belakang terbuka pada sudut 70 darjah. Pintu but kuasa yang diaktifkan pergerakan adalah standard.
Teknologi Keselamatan dan Bantuan Pemandu

- Beg Udara: 11 beg udara standard.
- Nissan Safety Shield® 360 (Standard): Brek Kecemasan Automatik dengan Pengesanan Pejalan Kaki, Bantuan Lampu Tinggi, Amaran Keluar Lorong, Amaran Lintasan Trafik Belakang, Amaran Titik Buta,dan Brek Kecemasan Automatik Belakang.
- Bantuan Pemandu:
- Intelligent Around View® Monitor dengan Pengesanan Objek Bergerak (standard).
- ProPILOT Assist 1.1 (standard), menyediakan bantuan stereng, brek dan sokongan pecutan.
Kredit foto: Nissan




























Leave a Reply