Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Kicks 2025 Masuk Timur Tengah dengan Enjin 2.0L dan Rekabentuk Baharu, Tapi Tanpa e-POWER
Roda4

Nissan Kicks 2025 Masuk Timur Tengah dengan Enjin 2.0L dan Rekabentuk Baharu, Tapi Tanpa e-POWER

Abang HirataBy Abang Hirata05/03/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NISSAN disambut baik di Timur Tengah dan tidak menghairankan model kenderaan utiliti sukan (SUV) seperti Kicks generasi kedua sudahpun memasuki pasaran sana.

Sebagai makluman, Nissan Kicks generasi kedua yang terlebih dahulu diperkenal di Amerika Syarikat (AS) tidak menggunakan trenkuasa e-Power seperti Kicks pasaran Malaysia. Nampaknya, Nissan Kicks generasi pertama dan kedua dijual serentak di pasaran berbeza.

Nissan Kicks 2025 generasi kedua mengambil pendekatan rekabentuk berbeza menerusi rupa depan dengan garis horizontal yang dominan berbanding Kicks sedia ada.

Kicks baharu memiliki dimensi panjang 4,366mm, lebar 1,800mm dan tinggi 1,630mm (pasaran AS), atau setara Proton X50.

Nissan Kicks 2025 generasi kedua dilancarkan di Timur Tengah di bawah Pelan Perniagaan Global Nissan, The Arc selepas pelancaran Nissan Patrol baharu yang menjadi sebahagian rancangan lima model baharu di rantau itu menjelang Tahun Fiskal 2026.

Prestasi dan Kecekapan

  • Dijana enjin 4-silinder sebarus 2.0L berkuasa 142hp dan tork 190Nm, serta dipadankan transmisi automatik Xtronic CVT generasi terbaharu.
  • Rekabentuk bawah badan rata sepenuhnya untuk aerodinamik lebih baik.
  • Sistem Sirkulasi Semula Gas Ekzos Disejukkan (EGR) untuk mengurangkan suhu pembakaran, meningkatkan kecekapan bahan api, dan mengurangkan emisi karbon.

Rekabentuk dan Luaran

  • Lebih panjang, tinggi, dan lebar berbanding model terdahulu untuk penampilan lebih dominan di jalan raya.
  • Lampu utama LED projektor langsing dan lampu siang (DRL) LED, yang juga berfungsi sebagai lampu signal warna jingga.
  • Rim aloi 19 inci dengan rekabentuk panel sisi diilhamkan daripada tapak kasut sukan (sneaker) untuk tekstur dan tarikan visual unik.
  • Fender belakang lebar, lampu belakang LED bersambung dan terpisah.
  • Ada 15 pilihan warna luaran, termasuk enam pilihan dwi-tona.

Ruang Dalaman dan Keselesaan

  • Kabin lebih luas dengan lebih banyak ruang bahu dan lutut untuk penumpang depan dan belakang.
  • Bumbung suria panoramik menambah pencahayaan semula jadi dengan rekabentuk baharu yang tidak mengganggu ruang kepala dan mengurangkan desiran angin.
  • Kerusi ‘Graviti Sifar’ (Zero Gravity) di kedua-dua barisan membantu mengagihkan berat badan secara sekata, sekali gus meningkatkan keselesaan dan mengurangkan keletihan.

Teknologi dan Konektiviti

  • Unit infotainmen dwi-skrin 12.3 inci yang memberikan kejelasan tinggi serta dua mod paparan.
  • Konektiviti wayarles Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Sistem audio Bose Personal Plus  dengan 10 pembesar suara, termasuk pembesar di bahagian kepala pemandu dan penumpang.
  • Ada dua port USB Type-C.

Ciri Keselamatan dan Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)

Sistem ProPILOT diperkenalkan buat kali pertama pada model Kicks, terdiri daripada ciri seperti berikut:

  • Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan Pengesan Pejalan Kaki
  • Brek Automatik Belakang
  • Intervensi Titik Buta (BSI)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Cegah Tukar Lorong (LDP)
  • Bantuan Lampu Suluh Tinggi (HBA)

Harga Nissan KICKS 2025 di UAE dan Arab Saudi

Emiriah Arab Bersatu (UAE)
  • S: 84,900 dirham (RM102,745)
  • SV: 91,900 dirham (RM111,245)
  • SV+: 99,900 dirham (RM120,930)
  • SL: 114,900 dirham (RM139,090)
Arab Saudi
  • S: 86,682 riyal (RM102,730)
  • SV: 93,829 riyal (RM11,200)
  • SV+: 102,089 riyal (RM121,000)
  • SL: 117,312 riyal (RM139,040)
Nissan Kicks 2025 Timur Tengah
All New Nissan Kicks Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Nissan Nissan Kicks Nissan Kicks 2025 Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Nissan Kicks e-POWER Terima Facelift di Thailand

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Geely EX5 Max Dilancar di Thailand, EV SUV Segmen C dengan Jarak Hingga 525 km

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: NIO Firefly Dilancar di Thailand, EV Hatchback Kompak dengan Sistem Tukar Bateri

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.