Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Frontier V6 PRO-4X NISMO Dilancar Di Mexico, Bukan Seperti Navara, Enjin 3.8L V6, Lebih RM280 Ribu
Roda4

Nissan Frontier V6 PRO-4X NISMO Dilancar Di Mexico, Bukan Seperti Navara, Enjin 3.8L V6, Lebih RM280 Ribu

Abang HirataBy Abang Hirata25/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

NISSAN Mexicana melancarkan varian terbaharu trak pikap ikonik mereka iaitu Nissan Frontier V6 PRO-4X NISMO.

Pengenalan ini menandakan satu sejarah penting bagi jenama berkenaan kerana buat pertama kalinya komponen prestasi tinggi daripada NISMO ditawarkan untuk model utama pikap di pasaran Mexico.

Bukan sahaja Mexico, penawaran pikap NISMO juga belum pernah ditawarkan di Malaysia yang turut sinonim dengan produk NISMO, Autech dan Impul dari ETCM.

Nissan Frontier Pro PHEV 2026
Nissan Frontier Pro PHEV – China

Untuk makluman, Frontier Mexico sama seperti di Amerika Syarikat yang dilancarkan pada 2021 dan bukan versi Frontier Pro yang baru sahaja dijual China.

Sementara itu, Navara generasi keempat sudah dilancarkan di Australia dan ini yang bakal menggantikan Navara semasa.

Nissan Navara PRO-4X Australia

Gabungan DNA Prestasi Dan Kejuruteraan Jepun

Model Nissan Frontier V6 PRO-4X NISMO membawa identiti prestasi dan kepakaran kejuruteraan Jepun terus ke dalam segmen kenderaan lasak.

Koleksi komponen eksklusif ini dibangunkan sepenuhnya oleh NISMO yang merupakan divisyen penalaan, sukan permotoran dan prestasi bagi Nissan.

Tujuan utama pembangunan komponen ini adalah untuk memperkasakan lagi keupayaan model PRO-4X daripada aspek ketahanan, gaya serta kebolehan mengharungi pelbagai bentuk muka bumi.

Spesifikasi dan Komponen Prestasi NISMO Off-Road

Varian ini mengekalkan nadi enjin 3.8 liter V6 yang dipadankan dengan sistem pacuan 4×4.

Nissan tidak memperincikan kuasa memandangkan pikap ini menggunakan ekzos NISMO kecuali dalam keadaan standard berkuasa 310 hp pada 6,400 rpm dan tork setinggi 381Nm pada 4,400 rpm.

Enjin dipadankan dengan transmisi automatik 9 kelajuan dan sistem pacuan 4×4 yang dilengkapi Shift on the fly serta kunci diferensial.

Apa yang membezakan varian ini dengan model Frontier lain adalah penambahan rangkaian komponen NISMO Off Road yang direka khusus untuk meningkatkan prestasi keseluruhan melalui aksesori yang siap dipasang seperti berikut:

  • Rim NISMO Off Road AXIS: Rim aloi ringan bersaiz 17 inci yang memberikan penampilan baharu serta meningkatkan daya tahan kenderaan ketika dipandu di laluan yang paling ekstrem.
  • Kit Suspensi NISMO: Menggunakan penyerap hentak Bilstein pada bahagian hadapan dan jenis monotube Bilstein berprestasi tinggi pada bahagian belakang. Pemasangan aksesori ini memerlukan penggunaan lengan kawalan NISMO Off Road yang diperbuat daripada keluli tempa T6.
  • Sistem Ekzos NISMO Cat Back: Komponen ini berfungsi mengoptimumkan aliran keluar ekzos sekali gus menghasilkan bunyi enjin yang lebih mendalam dan berkuasa berbanding sistem standard.
  • Grafik Vinil NISMO: Terdapat pelekat vinil khas pada bahagian bonet dan sisi yang menyerlahkan karakter sporti serta identiti NISMO selain berfungsi memberi perlindungan tambahan kepada cat asal.

Harga Dan Eksklusiviti Pasaran

Nissan Frontier V6 PRO-4X NISMO bagi model tahun 2026 akan ditawarkan dalam jumlah terhad iaitu 250 unit sahaja dan setiap satu berharga MXN1,249,900 (RM283,227).

Tawaran ini tersedia sehingga semua unit habis dijual di pasaran.

Gambar: Nissan

Nismo Nissan nissan frontier Nissan Frontier V6 PRO-4X NISMO Nissan Navara
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

    27/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Nissan Kicks e-POWER Terima Facelift di Thailand

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.