Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nissan Sylphy e-POWER Debut di China, Guna Petrol 3.9 Liter Sahaja untuk 100km!
Auto Terkini

Nissan Sylphy e-POWER Debut di China, Guna Petrol 3.9 Liter Sahaja untuk 100km!

Abang HirataBy Abang Hirata01/10/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANTARA cabaran utama meluaskan kenderaan elektrik (EV) ialah fasiliti pengecasan. Jika sesebuah negara mahu rakyat menerima EV secara besar-besaran, adakah cukup disediakan stesen cas?

Atau jika rakyat mahu Kerajaan lebih agresif dalam agenda elektrifikasi, adakah mereka sedar peruntukan membangunkan infrastruktur EV memerlukan jumlah belanja yang besar? Malah, purata harga kebanyakan kereta elektrik masih dalam kategori premium walaupun Kerajaan tidak mengenakan cukai dan duti.

Di sebalik segala cabaran tersebut, kenapa tidak gabungkan sahaja enjin konvensional dengan motor elektrik?

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Jangka Hayat Bateri Kereta Elektrik yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> Seiyong S1 – Kereta Elektrik Mampu Milik Akan Masuk Malaysia, Harga Serendah RM44k

Inilah dilakukan Nissan melalui trenkuasa e-POWER yang mana enjin berfungsi sebagai generator kuasa kepada motor elektrik. Ini bermakna pengguna tidak perlu singgah ke stesen cas, tetapi cukup dengan mengisi petrol seperti kereta biasa.

Trenkuasa e-POWER ditawarkan Nissan secara massa menerusi model Note yang diperkenalkan di Jepun pada November 2016. Sejak itu, lebih 500,000 unit model e-POWER sudah terjual!

Nissan memang pandai dan bijak dalam bidang elektrifikasi. Pada masa mereka menawarkan LEAF sebagai kereta elektrik penuh, pengeluar itu juga menawarkan alternatif ‘dua alam’, iaitu trenkuasa e-POWER sebagai ‘soft landing’ buat pengguna.

Kini generasi ketiga Note hanya ditawarkan dalam trenkuasa e-POWER. Terbaharu, Nissan memperkenalkan trenkuasa e-POWER untuk sedan Sylphy di pasaran China, iaitu model generasi keempat yang tidak dipasarkan di Malaysia.

Keputusan Nissan memperkenalkan trenkuasa e-POWER dilihat tepat kerana Sylphy ialah sedan terlaris jenama itu di China. Malah, rekabentuk Sylphy juga menarik dan dilihat mampu memikat pengguna menerima teknologi e-POWER.

BACA >>> Jika Terlanggar Tiang Elektrik, Lebih Baik Jangan Keluar Kereta

Nissan setakat ini belum berkongsi spesifikasi lengkap trenkuasa e-POWER dimiliki Sylphy, kecuali maklumat berikut:

  • Angka tork 300Nm dan kadar penggunaan petrol 3.9 liter per 100km (standard ujian China).
  • e-POWER Sylphy mempunyai lima mod pemanduan.

Pengenalan e-POWER Sylphy adalah permulaan kepada rancangan besar Nissan untuk memperkenalkan enam model e-POWER di China menjelang 2025. Melalui strategi itu, adakah pengguna Malaysia akan ditawarkan trenkuasa sama?

Seperti disebut awal tadi, e-POWER dilihat sebagai alternatif dan soft landing kepada kereta elektrik penuh. Dengan e-POWER atau teknologi range extender, Kerajaan dan pengguna tidak perlu pening tentang fasiliti pengecasan.

BACA >>> Jepun Perkenal Nissan Note Aura (2021), Hatchback Hibrid yang Tak Mahal Sangat!
BACA >>> Nissan Note (2021) Serba Baharu Lancar di Jepun, Kini Enjin Hibrid, Harga Mula RM79k

e-POWER Enjin Nissan e-POWER Kenderaan Elektrik (EV) Nissan Nissan e-POWER Nissan e-POWER Sylphy Nissan Sylphy
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.