Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#BIMS2026: NIO Firefly Dilancar di Thailand, EV Hatchback Kompak dengan Sistem Tukar Bateri
Roda4

#BIMS2026: NIO Firefly Dilancar di Thailand, EV Hatchback Kompak dengan Sistem Tukar Bateri

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam27/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JENAMA kereta, NIO Firefly, rasmi diperkenalkan di Thailand pada harga RM97,142.95 (799,000 baht) sebagai model import (CBU) dari China. Model ini dibawa masuk oleh Thonburi Group menerusi syarikat baharu, Thonburi Blue Sky.

Firefly tampil sebagai hatchback lima pintu elektrik sepenuhnya yang menyasarkan segmen kompak premium dengan sokongan teknologi bateri boleh tukar (battery swap).

Dimensi, Praktikaliti

Dari segi saiz, Firefly berukuran 4,003 mm panjang, 1,781 mm lebar dan 1,557 mm tinggi dengan jarak roda 2,615 mm. Ruang kargo belakang menawarkan kapasiti 335 liter dan boleh diperluas sehingga 1,253 liter apabila tempat duduk belakang dilipat.

Ia turut dilengkapi ruang ‘frunk’ 92 liter serta ruang simpanan tambahan 29 liter di bawah tempat duduk belakang.

Kuasa Elektrik 143 HP, Pacuan Roda Belakang

Firefly menggunakan satu motor elektrik jenis Permanent Magnet yang menghasilkan 143 hp dan 200 Nm tork.
Dipadankan dengan bateri LFP berkapasiti 42.1 kWh, model ini menawarkan jarak gerak sehingga 400 km (NEDC) dengan pacuan roda belakang (RWD).

Pecutan 0-100 km/j dicapai dalam 8.1 saat, manakala 0-50 km/j hanya 3.1 saat, dengan kelajuan maksimum 150 km/j.

Pengecasan, Battery Swap

Dari segi pengecasan, Firefly menyokong AC sehingga 7 kW dan DC fast charging sehingga 100 kW, dengan masa pengecasan 10-80% sekitar 30 minit.

Menariknya, model ini turut menyokong teknologi penukaran bateri (battery swap) serta fungsi V2L sehingga 3.68 kW untuk bekalan kuasa luaran.

Casis dan Pemanduan

Firefly dibina atas platform EV NIO FT1 dengan stereng kuasa elektrik.

Suspensi hadapan menggunakan McPherson Strut manakala belakang jenis multi-link. Sistem brek pula cakera di depan dan belakang. Ia dipadankan dengan rim 18 inci bersama tayar 215/50 R18 serta menyokong mod pemanduan One Pedal.

Rekaan Luaran Moden

Antara ciri luaran termasuk lampu LED Trio Light Design, AHB auto high beam, DRL LED serta bumbung panoramik dengan perlindungan UV.

Turut tersedia sistem wiper automatik, cermin sisi larasan elektrik serta penutupan tingkap automatik ketika hujan.

Kabin Premium, Teknologi Tinggi

Ruang dalaman dilengkapi ambient light 256 warna, tempat duduk balutan kulit sintetik dengan fungsi ventilasi dan urutan.

Skrin digital 6 inci dipadankan dengan skrin sentuh utama 13.2 inci yang menyokong Apple CarPlay, Spotify dan Dolby Atmos dengan sistem audio 14 pembesar suara (640W). Turut tersedia pengecas tanpa wayar, USB Type-C serta kemas kini OTA.

Sistem Keselamatan Lengkap

Firefly hadir dengan sistem bantuan pemandu Tahap 2, dikuasakan cip Qualcomm 8155.
Ia dilengkapi 6 kamera, radar gelombang milimeter serta 12 sensor ultrasonik bersama pelbagai sistem keselamatan seperti AEB, ACC Stop & Go, LKA, BSD dan sistem parkir automatik.

Pilihan Warna

Firefly ditawarkan dalam enam warna luaran termasuk Purple Lavender, Lime Green, White Marble, Brown Sand, Graphite Gray dan Lava Stone.

Bahagian dalaman pula hadir dengan empat pilihan tema warna termasuk Beige Travertine dan Black Obsidian.

Auto Terkini ev car cheap Kereta elektrik kompak kereta elektrik murah kereta elektrik terkini NIO Firefly pasaran asia tenggara pasaran thailand
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Nissan Kicks e-POWER Terima Facelift di Thailand

    27/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.