Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Warga Emas Tular Ubah Nombor Plat untuk Isi RON95 Didenda RM9,000!
Auto Terkini

Warga Emas Tular Ubah Nombor Plat untuk Isi RON95 Didenda RM9,000!

SyafieBy Syafie15/01/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pemandu Singapura tutup nombor lat untuk isi RON95

MAHKAMAH Majistret mengarahkan seorang lelaki warga emas membayar denda RM9,000 selepas mengaku bersalah mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan yang bukan milik sebenar.

Kesalahan itu dilakukan untuk membolehkan pesalah itu mengisi petrol bersubsidi RON95.

Didakwa Ubah Suai Nombor Pendaftaran

Orang Kena Saman (OKS), Long Sa Kow, 64, yang juga pemastautin tetap Singapura, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Inggeris di depan Majistret R Salini.

Mengikut pertuduhan, OKS yang juga pemandu kereta jenis Volkswagen Jetta didakwa mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan milik kenderaan tersebut.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah stesen minyak di Batu 21 1/4, Jalan Johor Bahru – Air Hitam di Kulai, kira-kira jam 10.30 malam pada 2 Januari lalu, ketika OKS sedang mengisi petrol RON95.

Didakwa Bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987

Pendakwaan dibuat bawah Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntuk hukuman denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM20,000, atau penjara selama tempoh antara satu hingga lima tahun, atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S Thiviya, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Sharmaine Fairuz Mohd Zulkifli.

Rayuan Hukuman Minimum Dikemuka

Dalam rayuan, Sharmaine memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda minimum dengan alasan OKS ialah pesara yang tiada pendapatan tetap.

Beliau berkata, OKS menanggung seorang isteri yang juga suri rumah berserta tiga anak, dan dua daripadanya masih bersekolah.

Ini kesalahan pertama OKS dan beliau berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut dan akan mematuhi undang-undang serta peraturan ditetapkan Kerajaan Malaysia,” katanya.

Pendakwaan Mohon Hukuman Pencegahan

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon hukuman berbentuk pencegahan dan pengajaran.

Hukuman ini bukan saja bagi memastikan OKS tidak mengulangi perbuatan sama, tetapi sebagai pengajaran kepada orang lain supaya tidak melakukan kesalahan serupa,” kata Thiviya.

Menurut pendakwaan, mahkamah boleh meneliti niat OKS yang mengubah dan mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan bagi menikmati kemudahan yang dikhaskan kepada rakyat Malaysia, termasuk penggunaan petrol bersubsidi RON95.

Video Tular Bongkar Taktik Tutup Huruf Nombor Plat

Berdasarkan fakta kes diakui OKS, pada 4 Januari lalu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai mengesan video tular di media sosial yang memaparkan sebuah Volkswagen Jetta berwarna perak bernombor pendaftaran LJ 8967 sedang mengisi petrol RON95 di sebuah stesen minyak di daerah itu.

Hasil siasatan mendapati OKS ialah pemandu kenderaan tersebut yang sebenarnya didaftarkan dengan nombor pendaftaran SLJ 8967 M, namun huruf ‘S’ dan ‘M’ ditutup bagi membolehkan kenderaan itu kelihatan seperti kenderaan tempatan.

Pemeriksaan lanjut ke atas nombor enjin dan casis mengesahkan kenderaan tersebut berdaftar dengan nombor pendaftaran SLJ 8967 M, dan bukan LJ 8967 seperti dipamerkan.

Tular di Media Sosial Sehari Sebelum Tangkapan

Terdahulu, pada 3 Januari, tular sebuah video 1 minit 30 saat di media sosial yang mendedahkan seorang individu mengesan perbuatan pemandu kereta berdaftar di Singapura sedang mengisi petrol RON95.

Pemilik video tersebut mendakwa perbuatan menutup huruf pertama dan terakhir nombor pendaftaran itu berkemungkinan taktik baharu bagi mengelirukan pihak berkuasa, supaya kenderaan asing kelihatan seperti kenderaan tempatan.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Johor Bahru Mahkamah Majistret Subsidi Petrol Bersasar video tular Volkswagen Jetta
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Frauscher x Porsche 790 Spectre, Bot Guna Trenkuasa Porsche Macan!

25/01/2026
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Pintu 2 Istana Negara

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama, Harga D9 Kekal Hingga 2026

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y Long Range RWD Kini di Malaysia, Jarak 661km WLTP, Harga RM216,450

24/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.