• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Nasim Lancar 3S Baharu

BERITA AUTO: Nasim Lancar 3S Baharu

April 9, 2014 By Admin Leave a Comment

FacebookTwitter

Desa Pandan Launch 1

PENGEDAR rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia, Nasim Sdn Bhd mengembangkan rangkaian perniagaan menerusi penaiktarafan cawangan terbaru daripada pusat 1S (jualan) kepada 3S (jualan, servis dan alat ganti) di Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Pelaburan sebanyak RM1.5juta, pusat 3S yang berkeluasan 35,000 kaki persegi ini dapat memberikan perkhidmatan berkualiti terutamanya pemilik Peugeot yang berada di sekitar kawasan ibu kota negara.

Selain bilik pameran, pusat 3S ini menyediakan dua ruang servis yang berupaya menampung penyelenggaraan hingga 15 unit kenderaan sehari. Pelanggan ditawarkan ruangan menunggu berhawa dingin, bilik mesyuarat, ruangan jualan barangan rasmi Peugeot, kemudahan Internet dan WiFi percuma.

Desa Pandan Launch 2 Desa Pandan Launch 3

Ketua Pegawai Operasi (COO) Nasim, Dato' Samson Anand George berkata, penaiktarafan cawangan Desa Pandan adalah bagi memenuhi permintaan yang kian meningkat daripada pelanggannya.

" Kami akan membuka 10 lagi cawangan baharu seluruh negara dengan kos pelaburan RM40 juta tahun ini. Kami yakin mampu mencapai sasaran jualan 7,000 unit tahun ini, iaitu peningkatan lapan peratus berbanding tahun lalu. Kami juga bakal melancarkan dua varian baharu iaitu model SUV dan MPV dalam masa terdekat," katanya.

Setakat ini, Nasim memiliki 36 cawangan pengedar di seluruh negara yang meliputi 18 buah pusat 3S, 2S (7) dan selebihnya 1S. Bagi setiap pembelian kenderaan Peugeot, pelanggan boleh menikmati jaminan lima tahun tanpa had perbatuan bersama perkhidmatan bantuan Peugeot 24 jam selain akses percuma ke ruangan menugggu Peugeot di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Nasim Sdn Bhd, Pusat 3S Peugeot

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Ringkasan Masalah Proton dengan Kesatuan Pekerja, Apa Lagi Isu Lain?
    Ringkasan Masalah Proton dengan Kesatuan Pekerja, Apa Lagi Isu Lain?
  • #PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’
    #PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’
  • 11 Skil Pemandu Profesional yang Tidak Dimiliki Pemandu Biasa
    11 Skil Pemandu Profesional yang Tidak Dimiliki Pemandu Biasa
  • #Tular: Empat Samseng Civic Serang Myvi Kena Cekup, Sah Positif Dadah
    #Tular: Empat Samseng Civic Serang Myvi Kena Cekup, Sah Positif Dadah

PANDU UJI

#PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’

APA rasa memandu sebuah Perodua Ativa (2021)? Bagi saya, memang … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my