• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Naquib Azlan Mara ke Grand Final Ferrari HP Esports Series di Abu Dhabi

Naquib Azlan Mara ke Grand Final Ferrari HP Esports Series di Abu Dhabi

December 4, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

PELUMBA berbakat negara, Naquib Azlan, 25, telah melayakkan dirinya ke Ferrari HP Esports Series Grand Final yang berlangsung pada 3 Disember di Ferrari World Abu Dhabi.

Naquib merupakan salah seorang daripada hanya dua wakil Asia Tenggara yang mara ke peringkat akhir selepas melalui tapisan ketat sejak Jun lalu.

Dari Hot Laps ke Grand Final

 

Kempen Ferrari HP Esports Series bermula dengan fasa Global Hot Laps, yang menyaksikan ribuan peserta dari seluruh dunia menghantar catatan masa terpantas menerusi tiga platform simulasi popular. Hanya yang terbaik layak ke Regional Qualifiers, kemudian Regional Finals, sebelum 15 pemandu terbaik dunia dipilih untuk ke Grand Final.

Final tahun ini menghimpunkan pelumba elit dari APAC, EMEA dan Americas, dengan aksi di tiga permainan utama: iRacing, Assetto Corsa dan Assetto Corsa Competizione. Setiap pusingan menawarkan 10 minit kelayakan diikuti perlumbaan 30 minit dalam jentera Ferrari seperti 488 EVO GT3, 296 GT3 dan prototaip 499P. Juara keseluruhan bakal dinilai untuk potensi diserap ke pasukan Scuderia Ferrari HP Esports Team.

Naquib datang dengan momentum besar

Prestasi Naquib tahun ini sangat mengagumkan. Awal November beliau muncul juara kelas GT4 Thailand Super Series, dan baru-baru ini berjaya menamatkan musim 2025 sebagai juara Toyota Gazoo Racing GR86–BRZ Cup di Jepun.

“Ini peluang besar dan satu penghormatan untuk wakili Malaysia. Sim racing memang sebahagian daripada perjalanan saya sebagai pelumba, dan saya bersedia untuk beri yang terbaik,” kata Naquib.

Penyertaan Naquib disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan, Rakan Muda, Esports Integrated melalui Malaysia Esports Accelerator Program (MEAP), selain Axle Sports.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Ferrari, Ferrari HP Esports Series, SIM Racing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my