Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Naik Taraf Sistem: 10 Stesen LRT Laluan Kelana Jaya Dibuka Lewat Mula Bulan Depan
Auto Terkini

Naik Taraf Sistem: 10 Stesen LRT Laluan Kelana Jaya Dibuka Lewat Mula Bulan Depan

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam29/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

COO Prasarana, Nor Azmi Mohd Yusof

SEBANYAK 10 stesen LRT Laluan Kelana Jaya antara KLCC dan Gombak akan mula beroperasi lewat setiap hujung minggu bermula 9 Ogos hingga 14 September ini.

Ini susulan kerja menaik taraf fasa kedua sistem isyarat yang dijalankan Prasarana Malaysia Berhad.

Operasi Lewat Setiap Hujung Minggu

Stesen LRT Kelana Jaya
Stesen LRT Kelana Jaya

Semua stesen berkenaan akan mula dibuka jam 9 pagi, tiga jam lewat berbanding waktu operasi biasa pada Sabtu dan Ahad.

Fasa ketiga kerja naik taraf pula bermula 11 Oktober hingga 22 November, melibatkan 17 stesen antara Lembah Subang dan Ampang Park, termasuk KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek dan KLCC, dan hanya terkesan pada hujung minggu dan cuti umum terpilih.

Sistem ATC Baharu Tingkat Keselamatan dan Komitmen

Ketua Pegawai Operasi (CEO) Kumpulan (Strategi dan Pembangunan) Prasarana, Dr Prodyut Dutt berkata, kerja naik taraf ini melibatkan penggantian sistem kawalan tren automatik (ATC) asal yang sudah digunakan sejak 1998.

Kami sedang menaik taraf perisian isyarat daripada versi 2 kepada versi 8, selain mengganti perkakasan usang yang tidak lagi disokong pengeluar. Naik taraf ini akan meningkatkan keselamatan, melancarkan operasi tren dan memastikan keandalan sistem untuk 20 tahun akan datang.”

Perkhidmatan Sokongan untuk Kurangkan Gangguan

Bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan, Prasarana memperkenalkan gabungan tren ulang-alik, bas gantian dan van perantara untuk membantu penumpang sepanjang tempoh gangguan.

Ketua Pegawai Operasi (COO) Prasarana, Nor Azmi Mohd Yusof berkata, perkhidmatan tren ulang-alik akan beroperasi antara Pasar Seni dan Kampung Baru pada selang masa 10 hingga 20 minit.

Dua Laluan Bas Disediakan

Laluan Bas 2 akan berhenti di semua stesen antara Dang Wangi dan Gombak, termasuk KLCC, Ampang Park, Damai, Dato Keramat, Jelatek, Setiawangsa, Sri Rampai, Wangsa Maju, Taman Melati dan Gombak.

Laluan Bas 3 adalah perkhidmatan hentian terhad yang hanya berhenti di Dang Wangi, KLCC, Ampang Park, Setiawangsa, Sri Rampai dan Wangsa Maju, menawarkan alternatif lebih pantas untuk perjalanan jarak jauh.

Van Perantara untuk Perjalanan ‘Last Mile’

Sebanyak lima van perantara akan beroperasi antara Kampung Baru dan KLCC dari jam 6 pagi hingga 9 pagi untuk penumpang yang memerlukan perjalanan jarak pendek ke pusat bandar. Tempahan awal tidak diperlukan.

Maklumat Tambahan

Fasa kedua itu dijangka menjejasjan 7,000 penumpang, manakala Fasa ketiga dijangka melibatkan hingga 20,000 pengguna.

Kos keseluruhan naik taraf sistem isyarat Laluan Kelana Jaya dari Kelana Jaya ke Gombak dianggarkan RM150 juta.

Sebagai persediaan, Prasarana mengedarkan risalah dan menyediakan maklumat terperinci di saluran rasmi. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula meluluskan waktu operasi baharu bagi membolehkan kerja kejuruteraan dijalankan dengan lebih efisien.

Pengguna dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal, menggunakan aplikasi PULSE untuk semakan masa sebenar, dan mempertimbang pilihan perjalanan alternatif sepanjang tempoh naik taraf berkenaan.

SUMBER: NST

Auto Terkini COO Prasarana Nor Azmi Mohd Yusof Laluan LRT Kelana Jaya LRT Laluan Kelana Jaya naik taraf Prasarana
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    31/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Benar Institut Memandu Bina Litar Dalam Bangunan Bertingkat

    31/03/2026
    Auto Terkini

    KPDN Rekod Rampasan RM32 Juta Petrol, Diesel Sejak Januari 2024

    31/03/2026
    Auto Terkini

    Honda ZR-V 2026 Jepun Tiada Turbo, Cross Touring Bawa Imej Off-Road

    30/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.