Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MyRide: Aplikasi e-Hailing Baharu Lancar di Malaysia, Tawar Alternatif Pengangkutan Harga Patut
Auto Terkini

MyRide: Aplikasi e-Hailing Baharu Lancar di Malaysia, Tawar Alternatif Pengangkutan Harga Patut

FikriBy Fikri29/05/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SATU lagi aplikasi e-hailing baharu, MyRide dilancarkan hari ini sebagai alternatif baharu kepada pengguna Malaysia dalam usaha menyediakan perkhidmatan pengangkutan selamat, dan boleh dipercayai pada harga berpatutan.

MyRide menumpukan kepada  keperluan pemandu dan penumpang secara seimbang dalam ekosistem aplikasi itu.

Menurut MyRide, pemandu dan penumpang ialah dua komponen penting dalam ekosistem e-hailing. Justeru perhatian serius diberikan kepada keperluan pemandu selain memastikan penumpang mendapat apa yang benar diperlukan dalam perjalanan.

Malah MyRide bukan sekadar menawarkan perkhidmatan pengangkutan, tetapi juga bersedia menjadi alternatif kepada monopoli industri e-hailing di Malaysia.

Ketua Pegawai Operasi (CEO) MyRide, Azlin Othman (gambar atas kanan) berkata, setakat ini sudah lebih 1,000 individu seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak sudah mendaftar sebagai pemandu sejak aplikasi berkenaan diperkenalkan pada 15 April lalu.

Kami mensasarkan menjelang hujung tahun ini, jumlah pemandu yang berdaftar bawah MyRide meningkat kepada 10,000 orang dan kami optimis mampu dicapai berdasarkan perkembangan pendaftaran semasa yang menggalakkan,” katanya.

Azlin berkata, MyRide juga sudah menandatangani dokumen perjanjian kerahsiaan (NDA) dengan Touch ‘n Go (TnG) untuk memudahkan proses pembayaran tambang perkhidmatan e-hailing itu.

Majlis pelancaran di Kuala Lumpur itu turut dihadiri, Pengerusi e-Hailing FM, Datuk Rahmat Mahmud (gambar atas kiri), Ketua Aktivis Gabungan e-Hailing Malaysia, Jose Rizal dan Ketua Pegawai Operasi (COO) MyRide, Adam Rizal.

Antara manfaat ditawarkan kepada pemandu adalah pembelian pelan langganan RM10 tanpa dikenakan caj komisen untuk pemanduan selama dua hari dengan keuntungan 100 peratus.

Pengguna kini boleh memuat turun aplikasi e-hailing MyRide untuk tambang berpatutan di https://myrideasia.download.

Kepada yang berminat menjadi pemandu MyRide pula boleh mendaftar menerusi pautan sama. Dengan pelancaran itu, pengguna di Malaysia kini mempunyai satu lagi pilihan e-hailing yang komited untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi pada harga berpatutan.

SUMBER: SinarHarian

Aplikasi MyRide Auto Terkini e-Hailing ehailing MyRide
Fikri

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.