Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»MV Agusta Bakal Lancar Brutale 1000 RS (2022), Sepantas 300kmj
Roda2

MV Agusta Bakal Lancar Brutale 1000 RS (2022), Sepantas 300kmj

ShawkathBy Shawkath10/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads

MV Agusta sudah memperkenalkan model Brutale 1000 RS edisi 2022 untuk membantu pengeluar motosikal jenama Itali itu terus memberi saingan dalam segmen naked 1,000cc.

Brutale 1000 RS sebenarnya adalah satu varian pilihan lebih mesra poket pembeli berbajet terhad berbanding opsyen model perdana versi 1000 RR. Berikut ialah perinciannya:

Trenkuasa

  • Brutale 1000 RS mengekstrak kuasa daripada enjin 4-silinder 998cc, menghasilkan kuasa 205hp @ 13,000rpm dan tork 116.5Nm pada 11,000rpm.
  • Sistem transmisi adalah jenis klac manual 6-kelajuan dengan ciri kawalan elektronik. Kelajuan maksimum ialah lebih 300kmj.

Pelana dan Cermin Sisi Baharu

  • MV Agusta Brutale 1000 RS (2022) menggunakan frem keluli dan memaparkan desain sport dengan bentuk tangki minyak maskular, rekaan cermin sisi dan pelana diperbaharui, peg kaki tempaan dan ekzos berkembar. 
  • Motosikal itu dipasang skrin paparan TFT berwarna 5.5 inci dan menggunakan rim aloi 17 inci. Berat kering motosikal ialah 186kg dan tangki minyaknya boleh menampung 16 liter petrol. Jarak roda ialah 1,415mm.

Keselamatan 

  • Dilengkapi set brek cakera pada kedua-dua roda dengan tambahan teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Belok, Kawalan Traksi dan Kawalan Wheelie.
  • Sistem suspensi membabitkan fork terbalik jenama Marzocchi dan penyerap hentak tunggal Sachs.

Jualan

  • Belum ada maklumat rasmi mengenai harga dan bila MV Agusta Brutale 1000 RS akan memasuki pasaran.
  • Ia mungkin dipertontonkan di Pameran EICMA 2021 di Milan, Itali tidak lama lagi.

SUMBER: NewsByte

motosikal MV Agusta MV Agusta Brutale 1000 RS Pameran EICMA 2021 roda2
Shawkath

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

18/01/2026
Thunder LS250-S
Roda2

Bobber Kustom dari Kilang, Thunder LS250-S Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM23,788

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.