Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MV Agusta Bakal Bangkitkan Model Legenda di EICMA 2021
Auto Terkini

MV Agusta Bakal Bangkitkan Model Legenda di EICMA 2021

WahidBy Wahid21/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MV AGUSTA bakal melancarkan dua model advencer baharu sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2021 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

MV Agusta tahu model advencer ialah segmen motosikal paling popular dunia yang mana hampir semua pengeluar mempunyai sekurang-kurangnya sebuah model advencer dalam barisan produk masing-masing.

Misalnya, Harley-Davidson yang sinonim dengan jentera cruiser pun sudah melahirkan model advencer, iaitu Pan America. Sebagai makluman, motosikal advencer ialah segmen dua roda paling popular dari segi motosikal kuasa besar, dan tiada kaitan dengan segmen kapcai atau underbone).

BACA >>> MV Agusta Bikin 150 Unit Brutale 1000 Nürburgring, Harga RM192k!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lucky Explorer Project (@luckyexplorer.official)

MV Agusta sudahpun berkongsi video acah Cagiva Elefant dengan tema warna ‘Lucky Explorer’ (sebenarnya ‘Lucky Strike’, tetapi penggunaan jenama rokok diharamkan) menerusi Instagram luckyexplorer. Model ini pernah memenangi perlumbaan rali paling lasak, Paris-Dakar Rally pada 1990 dan 1994.

BACA >>> Cagiva Mito 125 – Legenda Sportbike 2-Lejang yang Pernah Jadi Mainan Rossi

Namun, apa yang menarik, Ducati juga bakal memperkenalkan model advencer baharu, iaitu Desert-X, juga menggunakan skema warna Lucky Strike!

Jadi apa kaitan Cagiva dan Ducati dalam projek ini?

Sebabnya, Cagiva ialah pengeluar motosikal terbesar Itali suatu masa dulu dengan memulakan perniagaan dua roda seawal 1978 apabila membeli kilang digunakan Harley-Davidson dan Aermacch untuk menghasilkan model kapasiti kecil.

Pada 1979, Cagiva sudahpun menghasilkan sebanyak 40,000 unit motosikal berkapasiti enjin 125cc hingga 3500cc, sekali gus menjadi pengeluar motosikal terbesar Itali. Apabila memutuskan hendak menghasilkan model berkapasiti lebih besar pada 1983, enjin model itu dibeli daripada Ducati.

BACA >>> MV Agusta Rancang Hidupkan Semula Jenama Cagiva Tahun Depan

Lihatlah pelekat CRC pada fairing sisi.

Akhirnya, Cagiva membeli syarikat Ducati, Husqvarna dan Morini pada 1986. Daripada usaha ini jugalah terbinanya Pusat Kajian Cagiva (C.R.C). Sesiapa pemilik otai Cagiva dan Ducati mungkin boleh mengingati pelekat C.R.C. pada motosikal mereka seperti  Mito dan 916.

Cagiva kemudian membeli hak nama MV Agusta pada 1991 dan mula memberikan perhatian kepada jenama lagenda itu dengan menjual Ducati pada 1996. Akhirnya, Cagiva tidak lagi menggunakan nama dagangan Cagiva dan berubah kepada MV Agusta secara langsung.

Berbalik kepada Cagiva Elefant, model itu dijana enjin Ducati V-Twin 900cc yang juga ada pada model-model 900SS dan M900. Sebab itulah kenapa MV Agusta menunjukkan video acah Elefant, manakala Ducati juga mengambil ilham daripada model itu.

Sama-sama kita nantikan acara EICMA 2021 nanti.

BACA >>> Advencer Off-Road Tulen, Ducati DesertX (2022) Bakal Lancar Disember Ini
BACA >>> #TunggangUji: Zontes Z310-T1 – Advencer Murah, Tapi Kualiti dan Fiil ‘Ride’ Memang ‘A’!

Auto Terkini cagiva Ducati MV Agusta Pamera Motosikal Milan (EICMA) 2021 roda2
Wahid

Artikel Berkaitan

HEV

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

04/03/2026
MRT Laluan Putrajaya
Auto Terkini

MRT Laluan Putrajaya Terejas Sepanjang Hari Akibat Kecurian Kabel

04/03/2026
Honda X-ADV 2026
Roda2

Honda X-ADV 2026 Dapat Warna Baharu, Kini Lebih Mesra Alam

03/03/2026
Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES
Roda2

BSH Beri ‘Nafas’ Baharu Buat Honda Africa Twin, Harga RM99,888

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.