Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»MPV EV Mewah Denza D9 2025 Kini Fasa Akhir Jualan Sebelum Harga Naik
Kenderaan Elektrik (EV)

MPV EV Mewah Denza D9 2025 Kini Fasa Akhir Jualan Sebelum Harga Naik

Han OthmanBy Han Othman27/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Denza D9 2025

DENZA D9 2025 kini memasuki fasa akhir ketersediaan di Malaysia, dengan unit terhad masih ditawarkan di seluruh negara berikutan permintaan berterusan terhadap kenderaan pelbagai guna (MPV) elektrik mewah itu.

Denza Malaysia mengesahkan peralihan kepada model 2026 bakal menyaksikan pelarasan harga sekitar 15 peratus, selari penamatan pengecualian cukai dan duti import bagi kenderaan elektrik import penuh (CBU).

Harga Denza D9 2025 vs Anggaran Harga 2026

Anggaran harga Denza D9 2026

Buat masa ini, pelanggan masih boleh memiliki Denza D9 2025 pada harga cadangan semasa:

  • Denza D9 Advanced (FWD) – RM259,000
  • Denza D9 Premium (AWD) – RM309,000

Bagi model 2026 pula, harga anggaran dijangka bermula:

  • D9 Advanced (FWD) – sekitar RM299,000
  • D9 Premium (AWD) – sekitar RM355,000

Perbezaan harga itu menjadikan stok Denza D9 2025 sebagai pilihan paling bernilai sebelum pelarasan harga berkuat kuasa.

Insentif Pemilikan Bernilai hingga RM15,000

Denza D9

Sempena sambutan ulang tahun Denza Malaysia, pembelian unit 2025 turut disertakan dengan faedah pemilikan tambahan:

  • Sehingga RM10,000 (varian FWD)
  • Sehingga RM15,000 (varian AWD)

Tertakluk terma dan syarat serta ketersediaan stok.

Pakej Pemilikan EV Premium – Lengkap, Praktikal

Sebagai MPV elektrik mewah nombor satu di Malaysia, Denza D9 terus menonjol melalui pakej pemilikan komprehensif, seperti:

  • Pengecas dinding (wIallbox) 22kW PERCUMA dengan pemasangan profesional (bernilai sehingga RM6,000)
  • Servis percuma enam [6] tahun atau 120,000km (bernilai sehingga RM5,000)
  • Waranti kenderaan enam [6] tahun

Pendekatan itu memudahkan peralihan kepada mobiliti elektrik tanpa kebimbangan kos awal.

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina, Alami Denza D9 Secara Langsung

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina (CNY) Denza Malaysia

Kepada pelanggan yang mahu merasai sendiri pengalaman Denza D9, Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Denza akan diadakan pada:

Tarikh dan Masa

  • 31 Januari 2026 | 10 pagi – 5 petang
  • 1 Februari 2026 (eksklusif di Denza KL Utara)

Lokasi

  • Balakong
  • Glenmarie
  • KLCC
  • Melaka
  • Jalan Klang Lama
  • Pulau Pinang
  • Skudai
  • KL Utara (1 Februari sahaja)

Pengunjung boleh melakukan pandu uji, mendapatkan penerangan produk secara terus dan menikmati suasana bilik pameran premium dengan aktiviti perayaan khas.

MPV Elektrik Pilihan Keluarga, Eksekutif

Denza D9
Denza D9

Sejak dilancarkan, Denza D9 terus menjadi pilihan utama keluarga dan pengguna korporat yang mahukan keselesaan kelas perniagaan, teknologi pintar dan pengalaman pemanduan elektrik yang matang.

Dengan stok 2025 semakin terhad dan harga 2026 dijangka meningkat, inilah masa paling sesuai untuk memiliki Denza D9 pada nilai terbaik.

Auto Terkini DENZA D9 Denza Malaysia Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPV Mewah
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Batal 3 EV, Bos Besar Potong Imbuhan!

14/03/2026
Roda4

Jetour T2 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

13/03/2026
Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
Roda4

#Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

13/03/2026
Auto Terkini

Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia 2026 Dibuka, Final Di Sepang Ogos Ini

13/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.