Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Motosikal Riley 1904, Satu-Satunya di UK Hilang Dicuri
Auto Terkini

Motosikal Riley 1904, Satu-Satunya di UK Hilang Dicuri

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam19/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Motosikal Riley 1904 hilang dicuri di England

SEBUAH motosikal jenama Riley keluaran 1904, juga satu-satunya contoh model yang masih wujud di Britain hilang dicuri dalam insiden pecah masuk di Newmarket, Suffolk, England.

Motosikal berusia 121 tahun itu hilang antara malam Isnin, 15 Disember hingga pagi Selasa baru-baru ini selepas sebuah treler berkunci dalam bangunan konkrit, juga berkunci dalam kawasan berpagar, dipecah masuk.

Motosikal bersejarah itu adalah milik waris generasi keempat pengasas Riley Motor Company, Bill Fellowes, dan dianggap khazanah penting dalam sejarah industri automotif British.

Pemiliknya mendakwa motosikal berkenaan sepatutnya diwariskan kepada generasi seterusnya kerana nilai sentimental dan sejarah tidak ternilai.

Nilai Sejarah Tinggi, Sukar Diganti

Motosikal Riley 1904 hilang dicuri di England
Motosikal Riley 1904 hilang dicuri di England

Menurut Fellowes, motosikal tersebut dianggarkan bernilai sekitar £10,000 (~RM55,000), tetapi nilai sebenar jauh melebihi angka itu kerana keunikannya. Beliau juga memaklumkan hanya satu lagi motosikal Riley seumpamanya diketahui wujud, iaitu di Kanada.

Ia membawa makna besar kepada keluarga kami. Ini sebahagian sejarah yang tidak boleh diganti,” katanya.

Fellowes menjelaskan, Riley bermula sebagai pengeluar reben dan mesin tenunan di Coventry sebelum berkembang kepada pembuatan basikal, motosikal dan seterusnya kereta, dengan operasi keluarga itu berterusan hingga sekitar 1970-an.

Riley 1904 hilang dicuri di England
Riley 1904 hilang dicuri di England

Bukan Mudah Nak Hidup

Menariknya, motosikal berkenaan bukan model yang mudah digunakan kerana tiada klac, dan perlu dikayuh seperti moped lama untuk menghidupkan enjin.

Penunggang juga perlu mengawal campuran bahan api dan talaan awal serta pencucuhan lewat, sekali gus menjadikan motosikal itu hampir mustahil digunakan pencuri biasa.

Fellowes percaya insiden itu bersifat sistematik kerana beberapa hartanah luar bandar di kawasan sama turut menjadi sasaran kebelakangan ini. Beliau turut menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang dapat membantu memulangkan motosikal tersebut dan berharap ia tidak dimusnahkan atau dibuang.

SUMBER: MotorcycleNews

Auto Terkini Britain Classic Motorcycle Kecurian motosikal Riley Motorcycle United Kingdom (UK) warisan motosikal
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026: Bangkok International Motor Show Ke-47 ‘Tayang’ Masa Depan Automotif

    26/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    26/03/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

    26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.