Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»MotoGP»#MotoGP2026: Ducati Perkenal Liveri ‘Rosso Centenario’, Rai 100 Tahun Penubuhan
MotoGP

#MotoGP2026: Ducati Perkenal Liveri ‘Rosso Centenario’, Rai 100 Tahun Penubuhan

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam21/01/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026

PASUKAN MotoGP, Ducati Lenovo Team rasmi memperkenalkan liveri baharu Desmosedici GP bagi Kejuaraan Dunia MotoGP 2026 dalam acara penuh berprestij di Madonna di Campiglio, Itali.

Pelancaran itu menandakan ulang tahun ke-100 penubuhan Ducati, sejak jenama ikonik dari Borgo Panigale itu diasaskan pada 1926.

Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026
Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026

Acara tahunan Campioni in Pista yang berlangsung tahun keempat berturut-turut itu mendedahkan kepada umum jentera lumba yang bakal ditunggang Marc Marquez (#93) dan Francesco Bagnaia (#63).

Selain menjadi simbol perayaan satu abad Ducati, pelancaran tersebut turut mengiringi misi besar Ducati Lenovo Team untuk memburu kemenangan MotoGP ke-100 pasukan pengilang itu.

Rosso Centenario, Identiti Sejarah Ducati

Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026 | Francesco Bagnaia
Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026 | Marc Marquez

Rekabentuk liveri baharu tahun ini menampilkan warna kusam eksklusif Rosso Centenario, yang digandingkan dua jalur putih menyerlah di fairing.

Warna merah gelap itu diilhamkan daripada sejarah awal Ducati, yang bermula dengan Ducati 60 pada 1949 hingga model lumba ikonik Gran Sport ‘Marianna’ (1955) hasil sentuhan jurutera legenda, Fabio Taglioni.

Pendekatan itu bukan sekadar kosmetik, sebaliknya mencerminkan DNA perlumbaan Ducati yang berakar kukuh sejak awal penubuhan.

Ia menggabungkan elemen warisan dan teknologi moden, menjadikan Desmosedici GP 2026 antara jentera paling bermakna dalam sejarah penyertaan Ducati dalam MotoGP.

Rekod Gemilang Musim Terdahulu

Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026 | Marc Marquez

Ducati Lenovo Team memasuki musim 2026 dengan reputasi luar biasa selepas menjuarai ‘Triple Crown‘ buat kali ketiga dalam sejarah pasukan musim lalu.

Pasukan itu mencatat 13 kemenangan keseluruhan untuk tahun kedua berturut-turut, sekali gus mengumpul 99 kemenangan MotoGP setakat ini.

Lebih mengagumkan, Ducati turut memegang rekod mata tertinggi pernah dikumpul seorang pelumba dalam semusim, selain merangkul kejuaraan pengeluar buat kali keenam berturut-turut.

Semua pencapaian berkenaan meletakkan Ducati sebagai kuasa dominan dalam era MotoGP moden.

Gandingan Marquez, Bagnaia

Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026 | Francesco Bagnaia
Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026 | Marc Marquez

Musim 2026 menyaksikan Ducati menurunkan juara dunia yang tidak perlu diperkenalkan lagi, iaitu Marc Marquez, dengan tujuh gelaran MotoGP, dan Francesco Bagnaia yang sudah meraih dua kejuaraan dunia bersama Ducati, menjadikan duo itu antara pasangan pelumba paling digeruni atas grid.

Marquez menyifatkan musim 2026 sebagai cabaran baharu selepas kebangkitan luar biasanya, manakala Bagnaia @ Pecco pula melihat sebagai peluang penebusan selepas musim 2025 yang mencabar.

Kedua-dua pelumba berkongsi keyakinan tinggi terhadap pakej Desmosedici GP yang dianggap paling kompetitif dan boleh dipercayai.

Keyakinan Pengurusan Ducati

Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ducati Motor Holding, Claudio Domenicali menegaskan pelancaran di Madonna, Campiglio sangat bertepatan dengan sambutan ulang tahun Ducati ke-100.

Domenicali berkata, kejayaan berterusan pasukannya bukan kebetulan, sebaliknya lahir daripada perancangan teknikal dan organisasi konsisten.

Beliau turut menyifatkan Ducati Lenovo Team sebagai manifestasi terbaik ‘Cara Ducati‘, menggabungkan kepakaran teknikal, struktur pasukan kukuh dan keazaman untuk terus menang.  Kehadiran Marquez dan Bagnaia dianggap aset besar dalam misi mengekalkan dominasi.

Fokus Musim Peralihan

Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026 | Francesco Bagnaia
Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026 | Marc Marquez

Pengurus Besar Ducati Corse, Luigi Dall’Igna menganggap MotoGP 2026 sebagai unik kerana berlangsung pada tahun ke-100 Ducati dan pada masa sama menjadi musim peralihan menjelang perubahan besar peraturan MotoGP pada 2027.

Beliau menegaskan Ducati mahu menghormati detik bersejarah ini dengan terus mempamerkan teknologi terbaik dan memburu kejuaraan pengeluar kali ketujuh berturut-turut serta gelaran pelumba keenam.

Dengan kombinasi jentera Desmosedici GP, dua pelumba juara dunia dan liveri ikonik Rosso Centenario, Ducati jelas bersedia menghadapi cabaran musim baharu.

Tirai musim MotoGP 2026 semakin hampir dengan ujian rasmi pertama dijadualkan berlangsung di Litar Sepang pada 3 – 5 Februari 2026. Segala tumpuan kini terarah ke Malaysia sebagai medan ujian sebenar buat jentera ulang tahun ke-100 Ducati itu.

SUMBER: MotoGP

Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026
Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026
Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026
Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026
Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026
Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026
Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026
Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026
Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026
Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026 | Francesco Bagnaia
Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026 | Marc Marquez
Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026 | Francesco Bagnaia
Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026 | Francesco Bagnaia
Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026
Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026
Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026 | Francesco Bagnaia
Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026 | Francesco Bagnaia
Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026 | Francesco Bagnaia
Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026 | Marc Marquez
Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026 | Marc Marquez
Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026 | Marc Marquez
Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026 | Marc Marquez
Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026 | Marc Marquez
Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026 | Marc Marquez
Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026
Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026 | Marc Marquez
Ducati dedah liveri jentera Desmosedici GP sempena MotoGP 2026 | Marc Marquez
2026 MotoGP Desmosedici GP 2026 Ducati Corse Ducati Lenovo Team Francesco Bagnaia Marc Marquez MotoGP Moden Rosso Centenario
Shazwan Hisam

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Harley-Davidson Malaysia Anjur Track Day Pertama di Sepang

20/01/2026
Prima Pramac Yamaha dedah liveri baharu YZR-M1 V4
MotoGP

#MotoGP2026: Prima Pramac Yamaha MotoGP Lancar Liveri Baharu YZR-M1 V4

21/01/2026
Auto Terkini

MAA Anggar TIV 2026 Susut 3.8 Peratus. Apa Puncanya?

20/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

MAA: Jualan EV Malaysia Lonjak 109 Peratus Sepanjang 2025!

20/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.