Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#MotoGP2026 Aprilia Racing Dedah Livery Musim Ini
Roda2

#MotoGP2026 Aprilia Racing Dedah Livery Musim Ini

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam19/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads

PASUKAN APRILIA Racing secara rasmi memperkenalkan jentera MotoGP 2026 mereka dalam satu acara khas yang berlangsung di Sky Sports Studios, Milan, sekali gus mendedahkan livery baharu yang mengekalkan identiti agresif serta warisan jenama Itali itu.

Livery 2026 Aprilia RS-GP masih didominasi warna hitam sebagai asas, digandingkan dengan elemen merah dan ungu, serta logo Aprilia berwarna putih yang menyerlah. Perubahan paling ketara ialah kemasukan simbol kepala singa pada logo Aprilia, ikon bersejarah Venice yang terletak berhampiran ibu pejabat Aprilia di Noale. Simbol singa itu turut mencerminkan legasi Aprilia yang telah digunakan dalam pelbagai bentuk penjenamaan sejak era 1980-an.

Bezzecchi & Martin Terus Bergandingan

Marco Bezzecchi dan Jorge Martin disahkan kekal sebagai pelumba Aprilia Racing bagi musim MotoGP 2026, selepas melalui musim 2025 yang penuh kontras. Martin, yang menyarung nombor 89, hampir keseluruhan musim lalu dibelenggu kecederaan serius sejak sesi ujian pramusim di Sepang.

Juara dunia MotoGP itu mengalami patah tulang metakarpal tangan kanan serta beberapa tulang metatarsal kaki kiri sebelum terlibat satu lagi kemalangan ketika latihan supermoto, yang mengakibatkan kecederaan pada tulang radius dan scaphoid tangan kiri. Kepulangannya di Qatar turut berakhir dengan insiden ngeri apabila terjatuh dan dirempuh Fabio Di Giannantonio, menyebabkan 11 tulang rusuk patah serta paru-paru bocor.

Situasi tersebut turut mencetuskan ketegangan apabila Martin menyuarakan hasrat meninggalkan Aprilia berdasarkan klausa prestasi dalam kontrak dua tahunnya, namun isu itu akhirnya diselesaikan. Kini, fokus Martin sepenuhnya adalah untuk kembali bersaing di kelompok hadapan MotoGP.

Martin Sasar Kebangkitan Musim 2026

“Selepas pengalaman tahun lalu bersama Aprilia dan ujian penting di Valencia, sasaran kami sekarang adalah untuk terus berkembang bersama,” kata Martin. “Akan ada banyak kerja di awal musim, tetapi kami tahu dengan jelas aspek yang perlu diperbaiki. Saya mahu kembali bersaing untuk podium dan kemenangan sebaik sahaja berada pada tahap kecergasan 100 peratus.”

Bezzecchi Pimpin Pembangunan RS-GP

Ketika Martin berehat panjang akibat kecederaan, Bezzecchi muncul sebagai tonggak utama Aprilia Racing dan memainkan peranan penting dalam pembangunan RS-GP. Pelumba Itali itu menamatkan musim 2025 di tempat ketiga keseluruhan dengan 353 mata pencapaian terbaik Aprilia dalam sejarah MotoGP.

Sepanjang musim, Bezzecchi meraih 19 podium, tiga kemenangan Sprint dan empat kemenangan Grand Prix, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara pencabar utama kejuaraan.

“Saya gembira akhirnya kembali bercakap soal jentera,” kata Bezzecchi. “Saya tidak sabar untuk memulakan musim, walaupun kerja pembangunan sebenarnya tidak pernah berhenti. Kilang di Noale bekerja keras dan saya juga berlatih tanpa henti. Motivasi saya sangat tinggi dan saya mahu menikmati tunggangan di atas jentera ini.”

Beliau turut menyifatkan RS-GP 2026 sebagai jentera yang kelihatan lebih agresif, selari dengan peningkatan prestasi Aprilia yang semakin merapatkan jurang dengan Ducati dalam tempoh kebelakangan ini.

RS-GP26 Dipertingkat Menyeluruh

Menurut kenyataan rasmi Aprilia, hampir setiap aspek RS-GP telah dipertingkatkan bagi musim 2026, termasuk aerodinamik, casis, elektronik dan enjin V4.

Ketua Pegawai Eksekutif Aprilia Racing, Massimo Rivola menegaskan keyakinan tinggi pasukan terhadap potensi jentera baharu itu.

“Kami menghadapi musim 2026 dengan kesedaran jelas tentang siapa kami dan ke mana hala tuju kami,” kata Rivola. “Musim 2025 memberi asas yang kukuh untuk mencapai tahap daya saing yang sangat tinggi, dan sasaran kami kini adalah untuk bersaing dalam setiap perlumbaan.

“Kami akan mengikuti dua pendekatan berbeza dalam garaj meneruskan kesinambungan bersama Marco, dan membina semula momentum bersama Jorge. Kami sangat percaya kepada potensi RS-GP26 serta keupayaan kedua-dua pelumba kami.”

SUMBER: MotorcycleNews.com

2026 MotoGP Aprilia Racing Aprilia RS-GP 2026 Jentera MotoGP jorge martin marco bezzecchi
Shazwan Hisam

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

#Formula12026 Red Bull Racing Dedah Livery Baharu RB22

19/01/2026
Auto Terkini

MAHB Catat 104.4j Penumpang Sepanjang 2025!

19/01/2026
Auto Terkini

Rapid On-Demand Laksana Struktur Tambang Tetap RM2 Mulai 1 Februari 2026

19/01/2026
R&R Lebuhraya PLUS tutup sementera
Auto Terkini

Beberapa R&R Lebuhraya PLUS Ditutup Sementara Januari Ini

19/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.